in

Mat Rempit Belasah Pemandu Ambulans dan Tendang Jururawat Hanya Kerana Ditegur Untuk Beri Laluan

R7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biadap! Itulah yang wajar dilabelkan kepada remaja zaman sekarang yang bertindak melulu dan agresif gara-gara ditegur kerana perbuatan mereka yang membahayakan dan menyalahi undang-undang.


Semalam, menurut Harian Metro, pasukan ambulans telah diserang remaja yang sedang merempit hanya kerana menegur mereka untuk memberi laluan di jalanraya pada jam 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Menurut Astro Awani, mangsa yang enggan dikenali berusia 53 tahun itu memberitahu, ketika kejadian, dia sedang memandu kenderaan terbabit bersama pembantu perubatan serta seorang jururawat dan dalam perjalanan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit. 

R2 1
gambar hiasan

Katanya lagi, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol berkenaan, jelas kelihatan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai sedang berlumba haram.

Melihat kejadian itu, pemandu tersebut mengambil inisiatif untuk menegur mereka melalui pembesar suara supaya memberikan laluan kepada ambulans. Namun, kesemua penunggang tersebut tidak berpuas hati dan menghimpit ambulans dengan motosikal mereka. Eh? Dia pulak tak puas hati?

R3 1
gambar hiasan

Malangnya, seorang daripada penunggang terbabit telah terjatuh dan sebagai ‘balasan’ kepada mangsa, mereka beramai-ramai menyekat ambulans tersebut dari depan membuatkan dia terpaksa menghentikan kenderaan tersebut.

Selepas berhenti, lebih kurang empat hingga enam remaja telah bertindak menarik pemandu itu keluar dan terus menumbuk muka dan membelasahnya bertubi-tubi. Bukan itu sahaja, sekumpulan remaja ini turut menendang jururawat yang keluar untuk membantu pemandu berkenaan. Eh takde moral betul dorang ni!

R8
gambar hiasan

Kehadiran orang ramai di tempat kejadian telah membuat kumpulan remaja tersebut melarikan diri dan mangsa kemudian meneruskan perjalanan ke hospital bagi menghantar pesakit ke hospital sebelum membuat laporan polis di Taiping dan mendapatkan rawatan di Parit Buntar.

Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal seorang daripada remaja yang memukul saya, manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran.”

Difahamkan mangsa telah menerima empat jahitan dibahagian kening akibat daripada insiden tersebut. Alahai, tak pasal pasal dia pun kena rawat…

R1
sumber: astro awani

Sementara itu, keluarga sekumpulan remaja yang disyaki membelasah pemandu ambulans dan jururawat itu bersedia menyerahkan suspek kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata mereka telah menerima laporan tersebut dan kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Aduhai.. Dah la merempit. Orang tegur, nak marah pulak!

Baca: Jika Ambulans Melanggar Kenderaan Anda, Bolehkah Anda Tuntut Insurans? Ini Apa Kata polis…

R5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.