in

“MasyaAllah, hitam kan menawan!” – Netizen Harap Putihkan Alat Sulit Tidak Jadi Trend di Malaysia

Page Pelik1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara Thailand memang menjadi lubuk buat mereka yang ingin mengubah rupa paras menjadi lebih menarik. Mentanglah negara jiran itu menyediakan pelbagai rawatan kecantikan pada harga yang murah, setiap tahun ramai orang dari seluruh dunia akan menerjah untuk tidak melepaskan peluang melakukan pembedahan.


Terbaru, menurut mStar, sebuah hospital di Bangkok telah menjadi perbualan ramai kerana menyediakan rawatan memutihkan alat sulit lelaki yang dinamakan ‘Pikachu laser’. Watak Pikachu digunakan di Thailand sebagai gantian kepada perkataan zakar.

Pelik1
sumber: facebook

Menurut Coconuts, rawatan ini telah disediakan di Hospital Lelux di Bangkok yang mula menawarkan rawatan ini sejak enam bulan yang lalu apabila seorang pelanggan mengadu alat sulitnya berwarna gelap.

Rawatan yang mendapat sambutan ini telah berjaya menarik seramai 100 pelanggan lelaki dengan menjanjikan pengurangan penghasilan melanin di bahagian alat sulit sekaligus menjadikannya lebih cerah. Pikachu laser dikhabarkan hanya menelan kos sebanyak THB20,000 iaitu kira-kira RM2,482.

Pelik2
sumber: facebook

Pengurus Jabatan Kulit dan Laser di Hospital Lelux, Bhunthita Wattanasiri memberitahu bahawa mereka menerima tiga hingga empat pelanggan setiap hari yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 55 tahun yang majoritinya terdiri daripada golongan LGBT Thailand.

Dia juga berkata bahawa mereka perlu berhati-hati dalam menjalankan rawatan ini ke atas pelanggan mereka kerana ia merupakan kawasan yang sensitif. Sementara itu, seorang pelanggan memberi testimoni dengan memberitahu bahawa dia sudah nampak perbezaan yang ketara selepas rawatan pertama.

Pelik3Blur
sumber: facebook

Gambar dan video rawatan ini telah tersebar di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan netizen Thailand bertindak berani dengan tag kekasih mereka dan menyuruh untuk menjalankan rawatan tersebut.

Walau bagaimanapun, netizen Malaysia rata-rata berasa pelik dengan rawatan ini dan berharap supaya pemutihan alat sulit ini tidak akan menjadi satu trend di negara ini. Tak kurang juga, yang memberi nasihat supaya orang ramai lebih menghargai diri sendiri.

Komen1Blur Komen2Blur

Komen3Blur
sumber: cari

Sekarang ni memang semua dah taksub nak jadi putih. Tapi tak sangka sampai kat situ pun boleh.

Baca: Wanita Hilang Puting Payudara Selepas Buat Pembedahan Plastik Dengan Doktor Gigi

Hj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.