Masukkan Pil Dalam Kemaluan Bagi Hilangkan Keputihan, Wanita Ini Terima Padah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dulu masa pertama kali dengar kaedah penggunaan jamu yang dimasukkan ke dalam vagina, menimbulkan tanda tanya di kepala. Apakah memang boleh memasukkan sesuatu yang tidak sepatutnya ke dalamnya?

Persoalan itu terjawab apabila tular satu perkongsian menarik di media sosial oleh individu yang dikenali sebagai Khairul Yoi tentang Jamu Korek-Korek Ketat.


Source: Facebook



“Itulah. Aku dah kabor. Orang perempuan memang gelojoh..”

Lelaki ini difahamkan memuatnaik status sedemikian kerana tidak puas hati apabila ada seorang wanita berkongsi kisahnya tentang penggunaan produk bagi menarik keputihan pada kemaluan.

Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Nor Suriani, dia telah menggunakan satu produk bagi membantu masalah keputihan yang dialaminya. Sebelum ini, beliau pernah memasukkan 3 biji pil tersebut ke dalam kemaluannya dan berjaya mengeluarkan semula jamu tersebut dengan mengoreknya.

Gambar hiasan

Baru-baru ini dia telah memasukkan lagi pil tersebut ke dalam kemaluannya dan cuba mengoreknya semula setelah bersama, tetapi tidak berjaya.

“Selepas bersama cuba korek tak boleh, lubang tutup habis, tak boleh langsung dan sakit tahap maksimum, dengan lekat pada luar faraj macam simen, nak berjalan tak boleh kalah orang dalam pantang”

“Satu hari terlentang baring, duduk tak boleh betul dan sakit nak jalan. Kencing pun menangis sebab pedih yang amat,” katanya.

Kemudian, wanita ini pergi ke klinik swasta untuk mencuci dan mengeluarkan pil tersebut dari kemaluannya. Menurut doktor di sana,



“Kalau yang sihat bentuknya V (sambil dua jari bentuk V), awak punya dah (dia tunjuk dua jari melekat)..”

Wanita itu terpaksa dibawa ke hospital dan pada malamnya dia perlu berendam selama dua jam di dalam besen serta dituangkan minyak baby oil bagi memudahkan proses mengeluarkan jamu itu. Tetapi, hanya bahagian luar yang berjaya ditanggalkan.

Maka, doktor terpaksa membuat operasi korek paksa.

“Berdarah dan banyak kotoran serta PLASTIK keluar dari kemaluannya”

“Betul ke sebiji? Kenapa ada benda asing which is plastik? Produk ini dibuat daripada apa dan sebelum ini you keluarkan jadi plastik ke?”, bertalu-talu soalan yang dikemukakan oleh doktor setelah lihat hasilnya.

Atas nasihat doktor, dia terpaksa berpantang selama sebulan atau sehingga dia period untuk bersama kerana tisunya yang sudah rosak.

“Sampai hari ini, untuk buang air kecil saya menggigil tahan pedih sebab sakit..” kata wanita tersebut.

Tak sangka sampai begitu sekali kesannya. Untuk wanita di luar sana, janganlah sesuka hati membeli produk terutamanya yang menglibatkan kesihatan luaran dan dalaman kita. Sebelum beli kita perlu pastikan kesahihan produk itu dahulu. Hati-hati ya.

Baca juga: Bomoh Gatal Kantoi ‘Rawat’ Pesakit Dengan Bogelkan dan Korek Kemaluan Mangsa



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.