in

Masuk Kedai Berlagak Kaya, Lelaki Tukar Berlian Palsu Dengan Asli Bernilai RM200,000

Pagekokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kecurian di kedai emas banyak sangat kita dengar di Malaysia. Kejadian seperti ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di luar negara juga. Terbaru, seorang lelaki telah melakukan kecurian di sebuah kedai emas di Hong Kong. Bukan rantai atau gelang emas, tetapi lelaki tersebut telah mencuri berlian.


Lelaki pertengahan usia berkenaan telah memasuki kedai emas Mabelle cawangan Whampao Garden yang terletak di Shung King Street, Hung Hom jam 2 petang pada hari Selasa lalu. Berlagak seperti seorang yang berduit, lelaki tersebut memasuki kedai emas itu membawa sebuah beg Louis Vuitton dan bertutur dalam bahasa Mandarin, lapor South China Morning Post.

Ma1 1
sumber: elle hk

Sewaktu berada di dalam kedai, lelaki itu meminta supaya pekerja menunjukkan berlian 2 karat kepadanya. Setelah menghabiskan masa selama lima minit di situ, individu tersebut meninggalkan kedai emas tanpa membeli apa-apa.

Salah seorang pekerja kedai emas tersebut berasa tidak sedap hati dan memeriksa barang kemas tadi sebelum mendapati bahawa ianya telah ditukarkan kepada berlian palsu! Dia kemudiannya menghubungi polis pada jam 2:30 petang.

“Penyiasatan menunjukkan bahawa lelaki tersebut telah menukarkan berlian asli kepada yang palsu tanpa disedari oleh pekerja yang melayannya,” kata pihak polis bertugas.

Cin4 E1513851048250
gambar hiasan

Suspek yang disyaki bergerak bersendirian untuk melakukan jenayah dipercayai berusia dalam lingkungan 40 tahun dengan ketinggian 1.75 meter. Menurut seorang sumber, ada pencuri-pencuri dari Tanah Besar China yang dipercayai telah dilatih untuk melakukan jenayah sebelum tiba di Hong Kong.

Pihak berkuasa telah memeriksa kawasan tersebut namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. Polis kini sedang mengkaji rakaman kamera litar keselamatan untuk mengumpul bukti.

Semoga penjenayah itu dapat ditangkap dengan segera. Cepat betul dia tukar berlian tu sampai pekerja pun tak perasan langsung.

NOTA: Gambar digunakan adalah sekadar ilustrasi.

Baca: Lelaki Ini Telah Bawa Keluar RM600,000 Dari Sebuah Bank di Damansara Heights Tanpa Dikesan

Opop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.