in

Mangsa Buli Disumbat Stokin Ke Dalam Mulut, Rambut Digunting dan Cuba Dibogelkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Mangsa Buli Disumbat Stokin Ke Dalam Mulut, Rambut Digunting dan Cuba Dibogelkan
Loading
/

Ada saja kes buli di Malaysia ni. Kalau cakap pasal kes buli, mesti dalam kalangan remaja dan budak sekolah (selalunya lah kan). Video viral mesti di sekolah.


Macam video yang tersebar luas di internet baru-baru ini, seorang pelajar perempuan di buli rakan sekolahnya. Ada yang berkata, video berdurasi 11 minit itu adalah video yang diambil 3 tahun lalu.

Meskipun begitu, kes buli sehingga kini masih berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar sekolah. Sebagai contoh, video ini menunjukkan bukan sahaja lelaki tetapi pelajar perempuan juga cenderung dalam masalah gejala buli di sekolah.

Mangsa bukan sahaja disumbat stokin di dalam mulut, tetapi juga rambutnya digunting dan lebih teruk lagi mereka (pembuli) cuba membogelkan mangsa kerana ingin memalukannya. Mangsa yang dibuli oleh 5 orang pelajar lain, terpaksa berdiam diri tanpa melawan.

Apa nak jadi pelajar zaman sekarang?

Tengok pun dah geram kan?

Funny Faces

Pelbagai pendekatan di cuba oleh guru dan pihak sekolah. Tugas guru bukan lah menjaga dan mengawal tindak tanduk pelajar sepanjang masa. Jadi, mungkin itu juga salah satu sebab pelajar semakin berani membuli di sekolah. Apabila tiada guru di kelas atau di mana-mana kawasan sekolah, mereka mula bertindak.

Sudah lah buat kerja jahat, berani pula mereka rekod tindakan mereka tanpa disedari video akan tersebar luas dan mereka menjadi perhatian ramai terutamanya pihak berkuasa. Apabila perkara ini berlaku, tidak lain tidak bukan ibu bapa lah individu yang paling terkena tempiasnya.

So, hentikanlah gejala buli. Bayangkan jika anda atau ahli keluarga menjadi mangsa buli. Tiada kebaikan dan faedah langsung menjadi pembuli. Tiada apa yang boleh dibanggakan pun. Kalau anda bukan pembuli, jadilah orang yang cuba bertindak untuk menghalang ianya berlaku. Tak kira di mana sahaja, bukan hanya di sekolah.

Ambillah iktibar dari video ini dan video-video lain yang pernah tersebar di internet.Paxp Deije

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.