in

“Mana la laki tak terliur” – Wanita Disalahkan Lepas Muat Naik Status Rimas Dihujani Mesej Lucah

Fii

Baru minggu lepas Menteri Belia dan Sukan kita, Khairy Jamaluddin ada bercakap tentang gejala gangguan seksual yang semakin meningkat di Malaysia. Dalam mesej yang disampaikan, KJ mempertahankan wanita  dan menyatakan bahawa pakaian yang dipakai tidak wajar dijadikan sebab untuk mereka diganggu secara seksual.

Pun begitu, gejala gangguan seksual ini tidak menampakkan tanda-tanda akan berkurang kerana masih ramai mangsa yang berkongsi cerita mereka menerima gangguan sebegitu. Terbaru, ada lagi wanita berkongsi di laman sosial tentang gangguan seksual yang diterima oleh dirinya baru-baru ini.

Sk1
sumber: twitter
Sk10
sumber: twitter

Wanita dikenali sebagai Safiya Ezzati itu memuat naik status di laman Twitter miliknya menunjukkan mesej tidak senonoh berbauh lucah yang diterima di laman sosial. Dalam entrinya, Safiya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu dan rimas kerana sering dihujani dengan mesej-mesej berbaur lucah sebegitu.

Setelah memuat naik salah satu daripada mesej tidak senonoh diterima sebagai bukti gangguan seksual yang terpaksa dihadapi, tiba-tiba entri Safiya dikecam pula oleh orang ramai. Rata-rata meninggalkan komen menyalahkan Safiya yang tidak menjaga pemakaian sendiri dengan memakai pakaian yang ketat.

Sk4
sumber: twitter
Sk5
sumber: twitter
Sk7
sumber: twitter

Tidak memberikan fokus kepada mesej berbaur lucah yang diterima wanita terbabit, Safiya disalahkan pula dek pakaian agak sendat yang menonjolkan ‘asetnya’ itu. Mereka mendakwa bahawa pemakaian wanita berkenaan mengundang hawa nafsu lelaki yang melihat dirinya.

Tidak kurang juga ada yang melabel Safiya sebagai wanita akhir zaman kerana memakai pakaian tetapi umpama berbogel. Terdapat juga individu yang mempersoal Safiya sekiranya dia pernah terdengar sebarang kisah gangguan seksual berlaku kepada wanita yang berpakaian labuh dan menutup aurat dengan sempurna.

Sk9
sumber: twitter
Sk3
sumber: twitter

Tidak berpuas hati dengan kecaman yang diterima, Safiya membalas komen-komen tersebut mengatakan bahawa gangguan seksual yang berlaku diketepikan hanya kerana aurat diutamakan. Apa pendapat korang?

Baca: KJ Pertahan Kaum Wanita, Pakaian Tidak Patut Jadi Sebab Gangguan Seksual Berlaku

Jkjk