in

“Only in Malaysia! Lepas ni perisa laksa…” – Kondom Berperisa Nasi Lemak Mula Dipasarkan November Ini

Kondom Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat pengeluar kondom terbesar dunia, Karex Berhad terkenal dengan percubaan berani mereka dalam menghasilkan kondom pelbagai perisa. Seperti tahun lalu, mereka mencipta kontroversi dengan memperkenalkan kondom berperisa durian, namun baru-baru ini mereka mengumumkan bakal melancarkan produk baru yang dikatakan lebih unik.


Menurut NST, syarikat itu bakal memasarkan kondom berperisa nasi lemak tidak lama lagi!

Nasi Lemak 4
sumber: hype my

Kondom keluaran syarikat yang berpangkalan di Pelabuhan Klang itu dijangka berada dalam pasaran pada November atau Disember ini.

Ketua Eksekutif Karex Berhad, Goh Miah Kiat, ketika ditemu bual berkata pengenalan kepada kondom berperisa nasi lemak itu bukan hanya gimik sebaliknya ia bagi membantu kempen pencegahan kehamilan di Malaysia.

Nasi Lemak
sumber: nst

Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang.”

Bukan sahaja disasarkan dalam pasaran tempatan, kondom nasi lemak itu juga dikatakan bakal diimport ke luar negara. Mat saleh tak suka pedas kan?

Nasi Lemak 3
sumber: nst

Menurut Goh Miah lagi, syarikatnya menghabiskan masa selama enam bulan untuk menjalankan kajian terhadap produk terbaharu mereka sebelum memutuskan perisa tersebut. Produk edisi terhad itu dikatakan berbau seakan-akan santan dan pelincir hangat.

Nasi Lemak 2
sumber: nst

Netizen yang membaca berita ini rata-rata seperti tidak percaya dan ada yang berkata bahawa selepas ini lebih banyak kondom berperisa makanan Malaysia bakal diperkenalkan.

“Lepas ni apa? Laksa? Rendang?”

“Perisa tomyam lagi sedap.”

“Saya tak mahu anu saya jadi pedas!”

“Lepas ni mungkin roti canai banjir.”

Karex menghasilkan lima bilion kondom setiap tahun dari empat kilangnya, di mana kebanyakan produk itu dibeli secara pukal oleh agensi kerajaan atau antarabangsa sebagai kempen hubungan seksual yang selamat.

Baca: Nasi Lemak Bungkus Jadi Koleksi Beg Tangan Musim Bunga Jenama Terkemuka Hermès

F 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.