Maklumat Peribadi Nur Sajat Tersebar, Anggap Ada Yang Dengki Mahu Jatuhkan Reputasinya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Benarlah kata Nur Sajat, orang cantik selalu kena kecam, kan? 

Baru saja reda gosip gambar usahawan kosmetik ini yang dikatakan ‘hamil’ pada suatu masa dulu, kini datang pula cerita baru.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila netizen kononnya mendedahkan gambar berupa identiti dan maklumat peribadi Sajat yang tidak diketahui umum.



Gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan semakan kad pengenalan dan maklumat daftar pemilih yang disertai ‘nama sebenar’ Sajat iaitu Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Malah secara terangan juga terpapar maklumat jantina usahawan kosmetik ini yang bertulis LELAKI. Whoopss! 

Pendedahan ini telah mencetuskan spekulasi yang rata-rata netizen kembali mengecam wanita cantik ini yang juga merupakan Tokoh Srikandi Tun Puteh Pahang.

Sumber: Facebook

Pun begitu, Sajat tidak cepat melatah.

Malah menurutnya, perkara tersebut mungkin didalangi oleh pihak yang tidak senang dengan pencapaiannya, terutama dalam bidang peniagaan yang diusahakan kini, lapor Berita Harian.



“Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.” 

“Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?” katanya lagi.

Sumber: Instagram

Malah ketika ditemubual Harian Metro, Sajat juga mengakui ini bukanlah kali pertama dia diserang sebegitu.

Sebenarnya mereka ini tak ada kerja dan terlalu ‘kreatif’ hingga sanggup menyunting nama.” 

Eh maksudnya semua tu edit ke betul-betul ni??

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Sajat tidak berminat untuk memanjangkan gosip ini dan menganggap dirinya sebagai ‘permata yang terpilih’ kerana sering menjadi perhatian orang ramai yang ingin mengetahui luar dalam kisah hidupnya.



“Bagi saya tindakan mereka seperti tak ada kemajuan dalam diri. Biarlah mereka nak terus berkata, saya malas nak ambil peduli. Banyak lagi perkara lain saya nak fokus.”

Menurut Sajat, dia hanya mengambil setiap perkara yang positif untuk memotivasikan diri untuk menjadi lebih baik, manakala yang negatif pula dijadikan teladan. Yang paling penting adalah restu kedua-dua ibu dan bapanya serta niat untuk membesarkan dua anak angkatnya. Baguslah kalau macam tu…

Sumber: Instagram

Dalam pada itu, Sajat juga mengakui yang dia akan merakamkan single bersama Datuk Aliff Syukri dan bakal menerima pelawaan berlakon filem tidak lama lagi. Gitew ye… Semoga sukses!

Kalau dah begitu kata empunya diri, kita iyakan sajalah. Kebenarannya hanya Tuhan yang tahu, kan…

Baca: “Biasalah, orang cantik selalu kena kecam…” – Respon Sajat Apabila Gambar Mengandung Dikecam Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!