Majikan Baik Hati Bantu Biaya Pengajian Diploma Pembantu Rumah Hingga Selesai Pembelajaran

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tiada siapa yang dapat menduga betapa payahnya bekerja sebagai seorang pembantu rumah di negara luar. Jikalau anda bernasib baik, untunglah anda mempunyai seorang majikan yang baik hati dan mempermudahkan urusan hidup anda.

Bagi wanita yang berusia 33 tahun dari Myanmar ini, dia tergolong sebagai pembantu rumah yang bertuah kerana dapat berkerja dengan majikan pemurah dan berhati mulia apabila membenarkannya bekerja dan melanjutkan pelajaran dalam masa yang sama.

Menurut World of Buzz, Maw Kloo Htoo yang telah bekerja dengan pasangan warga emas, Cai Pen An, seorang ahli perniagaan berusia 67 tahun dan isterinya, Chen Duo Lei, 65, seorang kakitangan pentadbiran di Singapura selama 10 tahun.



Sumber: WOB

Hubungan pasangan suami isteri dan pembantu rumah ini begitu baik sehinggalah ketika Maw menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan diploma di kolej, Cai telah bersetuju untuk meminjamkan sebahagian dari wangnya untuk pembelajaran pembantu rumah itu. Baiknya hati! 

Selama empat tahun belajar di kolej, Cai membenarkan Maw mengambil cuti selama dua bulan pada setiap tahun supaya gadis itu boleh pulang untuk mengambil peperiksaan. Malah Cai juga tidak kisah jikalau dia dan isteri terpaksa menguruskan diri sendiri selama dua bulan dan menggunakan wang sendiri untuk mengambil pembantu rumah separuh masa semasa ketiadaan Maw.

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, Cai mengakui, “Ia tak mudah untuk mencari seorang pembantu rumah yang ingin bekerja hanya dalam masa dua bulan.” Pun begitu, dia masih tak kisah! 

Bukan itu saja yang dilakukan Cai buat Maw. Apabila pembantu rumahnya itu memberitahu bahawa ibu bapanya memerlukan mesin pertanian, Cai sanggup meminjamkan wang membeli mesin baru buat ibu dan bapa Maw. Pemurah sungguh majikan dia ni!

Kata Chen, “Kami telah meminjamkan Maw sebanyak S$10,000 (RM31,200), namun dia sangat berjimat cermat. Dia berjaya bayar semula hutang tersebut secepat yang mungkin.” 



Gambar hiasan

Pada tahun lepas, Maw telah berjaya mendapat Diploma dalam bidang ekonomi dan sikap baik hati pasangan suami isteri tersebut tidak berakhir di situ. Mereka juga telah membayar wang pengangkutan dan penginapan di hotel lima bintang buat ibu dan bapa Maw untuk menghadiri majlis graduasi anak mereka. Jumlah bayaran tersebut bernilai S$1,500 atau bersamaan dengan RM4,680.

Maw yang sangat bersyukur di atas sikap penyayang majikannya berkata, “Saya sangat gembira dan merasa bertuah menjadi pekerja kepada Cai dan isterinya di Singapura. Saya telah memutuskan untuk tinggal di sini buat dua tahun lagi, ini bermaksud saya tidak akan pulang ke Myanmar buat masa ini.”

Gambar hiasan

“Saya mempunyai tiga orang abang namun tiada seorang pun yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi saya ingin buat ibu bapa saya bangga. Untuk memastikan saya berjaya dalam pelajaran saya di sini, saya bangun seawal 6 pagi untuk belajar dan tidur antara 1 dan 2 pagi untuk menghabiskan ulangkaji,” kata Maw lagi. Gigihnya dia berusaha! 

Tahniah buat Maw kerana berjaya menyelesaikan pelajarannya. Untung sangat ada majikan macam Cai dan Chen! 

Baca: Graduan Perakaunan Tekad Jadi Pembantu Rumah Selepas Satu Tahun Berusaha Mencari Kerja 



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!