in

Mahu Tebus Kesilapan Silam, ‘Datuk Seri’ Derma RM220,000 Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Saves

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sekelip mata sahaja seorang lelaki yang kononnya bergelar ‘Datuk Seri’ dikenali di seluruh Malaysia selepas membelasah tiga orang anggota RELA kerana menyuruhnya mengalihkan kenderaan yang menghalang lalu lintas. Datuk Seri tersebut yang dikatakan telah bergelar jutawan di usia semuda 24 tahun rupanya mempunyai banyak rekod jenayah dan merupakan seorang ahli kongsi gelap.


Menurut NST, lelaki bernama Nicky Liow Soon Hee itu akan didakwa  mengikut Seksyen 328 dan 186 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah atas pelbagai kesalahan yang dilakukannya. Kisah lelaki ini disangkakan habis di situ sahaja, namun Liow dikatakan telah membuat pengumuman mengejutkan pada pagi ini, lapor WORLD OF BUZZ.

D1
sumber: china press

Menyesal dengan kesilapannya yang lalu, Liow mendakwa bahawa dia akan mendermakan wang berjumlah RM220,000 kepada sesiapa yang memerlukan. Liow turut menghadiri satu sidang media bersama Kuan Chee Heng, Pengasas Komuniti Kepolisan Malaysia.

“Saya menyesal dengan perbuatan lalu dan mahu jadi sebahagian daripada komuniti ini. Saya sanggup memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan insiden sebelum ini.” 

Liow dikatakan akan mendermakan RM80,000 bagi membantu pelajar kesempitan wang yang mengejar cita-cita untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi. Bagus lah macam tu…

D2 1
sumber: china press

“Ada pelajar yang dapat CGPA 3.78 tapi tak mampu sambung belajar kerana masalah kewangan. Jadi Datuk Seri (Liow) dermakan RM50,000 kepadanya,” kata Kuan.

“Ada juga pelajar miskin dari Melaka. Dia dapat sambung belajar di Universiti Malaya dalam bidang Kejuruteraan Kimia tetapi tiada wang. Jadi Datuk Seri dermakan RM30,000 kepadanya,” kata Kuan lagi.

Selain mendermakan wang kepada pelajar miskin, Liow juga dikatakan telah menderma sebanyak RM70,000 kepada Ambulans Komuniti Kepolisan dan RM20,000 kepada Komuniti Kepolisan.

D3 1
sumber: china press

Bukan itu sahaja, Kuan juga mengumumkan bahawa Liow akan mendermakan sejumlah wang bagi membantu membina gelanggang bola keranjang di sebuah sekolah menengah. Sumbangan itu didermakan atas nama ibu Liow. Lelaki itu itu juga telah menyerahkan cek bernilai RM220,000 kepada Kuan supaya dia boleh menguruskan sumbangan tersebut. 

Semoga kerja amal Liow berterusan dan dia tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi! 

Baca: Terbongkar! ‘Datuk Seri’ Disyaki Salah Seorang Ahli Kongsi Gelap Dengan 10 Rekod Jenayah

Gga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.