in

“Macam c*lako joget s*x camtu!” – Netizen Kecam Johan As’ari Ikut Berjoget Dengan Iqram Dinzly

Page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Macam c*lako joget s*x camtu!" - Netizen Kecam Johan As'ari Ikut Berjoget Dengan Iqram Dinzly
Loading
/

Kita semua sedia maklum bahawa pada akhir tahun lepas, Iqram Dinzly telah mendominasi carta kontroversi dalam kalangan artis Malaysia. Mana tidaknya, dia telah memuat naik pelbagai video dan gambar yang kurang senang untuk ditonton dan dilihat.


Namun, baru-baru ini, perangai pelik Iqram telah pun berjangkit pada rakan artisnya, Johan As’ari. Mereka berdua kelihatan menari bersama-sama seakan orang hilang akal. Walau bagaimanapun, menurut mStar, Johan menjelaskan bahawa dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular dan disalah tafsir oleh netizen.

K
sumber: instagram

Menurut Johan, dia mengaku telah menyinggah ke rumah Iqram untuk bertanya khabar sebelum meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Datuk Ustaz Kazim Elias kerana berhasrat untuk belajar di madrasah yang dikendalikannya.

K1
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, Johan turut mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa aksinya di dalam video bersama Iqram adalah sekadar untuk suka-suka dan meminta maaf kepada orang ramai yang kurang senang dengan video berkenaan.

“Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular.”

Video mereka yang ‘menari tidak ingat dunia’ itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang kecewa terutamanya apabila melihat Johan juga turut terjebak sama dengan aksi-aksi pelik Iqram. Di samping itu, ada juga netizen yang memperlekehkan kenyataan Iqram sebelum ini kononnya apa yang dilakukan adalah sebuah seni. Hmm seni apa tu?

1Blur

3Blur

2Blur
sumber: youtube

Namun, begitu, masih terdapat segelintir netizen yang menganggap ini adalah sekadar strategi Johan untuk membantu rakannya yang dikatakan tidak waras itu dan menyokong aksi pelik mereka.

4Blur 5Blur

6Blur
sumber: youtube

Hanya kerana satu video pendek ini Johan As’ari telah dikecam netizen dengan pelbagai tohmahan. Harapnya Johan menganggap perkara ini sebagai pengajaran buatnya supaya berhati-hati sebelum memuat naik atau membuat video secara langsung.

Mungkin ini satu cara dia nak jadi supportive dekat kawan dia kot. Doakanlah Iqram cepat sembuh.

Baca: “Maaf sekiranya hamba menolak untuk berjumpa…” Iqram Dinzly Tolak Pelawaan Mufti Untuk Bersemuka

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.