“Macam anjing kena lempar makanan” – Netizen Kecam Pengunjung Berebut Kutip Barang Kosmetik Dilempar Sajat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sekali lagi usahawan kosmetik yang cantik jelita, Nur Sajat dihimpit kontroversi. Panas! Panas! Panas!  Kali ini pula berkaitan kunjungannya ke negeri di bawah bayu, semasa mempromosikan produk kecantikannya tidak lama dulu.

Biarpun Sajat sering dikecam oleh kerana isu jantina yang masih tidak terjawab hingga kini, namun sambutan peminat terhadapnya semasa kunjungan ke Mood Republic Sabah beberapa hari lepas amat memberangsangkan.

Sumber: Instagram

Pun begitu, tularnya sebuah video pendek di Facebook beberapa hari lepas telah mencetuskan kontroversi apabila Sajat dilihat melempar barangan kosmetik jenamanya kepada pengunjung pada majlis tersebut.



Malah apa yang lebih memalukan, pengunjung di majlis itu dilihat seperti terlampau teruja sehingga menjerit-jerit dan berhimpit-himpit bagi mendapatkan barang yang dilempar olehnya. Aduh sampai macam tu sekali! 

Sumber: CARI

Perkara ini telah menimbulkan kecaman netizen yang melabel pengunjung di majlis tersebut sebagai pengemis dan ‘anjing’ yang tidak sabar-sabar mendapatkan barangan percuma.

Sumber: Facebook

Selain itu, Sajat yang seakan-akan kecewa dengan isu tular ini telah meluahkan sesuatu di Instagram terhadap haters yang tak habis-habis mengutuk apa saja yang dilakukannya. Sabarlah ye Sajat. Orang cantik selalu diuji! 

Sumber: Facebook

Tak salah nak meminati artis atau menjadikan mereka sebagai idola. Tapi janganlah sampai memalukan diri sendiri. Bila dah tular macam ni kan malu…

Baca: “Biasalah, orang cantik selalu kena kecam…” – Respon Sajat Apabila Gambar Mengandung Dikecam Netizen



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!