in

“Maafkan papa, kalau papa tak berzina anak papa mesti hidup lama…”

People 2566201 340

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita selalunya dikenali sebagai insan berhati lembut dan mudah memaafkan kesalahan orang lain terutamanya kesalahan suami yang dicintai. Namun, dapatkah seorang wanita memaafkan keterlanjuran seorang suami yang sudah berzina dengan wanita lain?


Tidak semua wanita boleh jadi sekuat wanita di dalam kisah ini. Berikut perkongsiannya di Facebook yang menyentuh hati ramai netizen.

“Nama saya Aina. Saya mempunyai dua orang anak. Kakak berumur 6 tahun dan arwah adik lelaki pula berumur 11 bulan.

“Saya telah bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal kerana penyakit yang bekas suami saya kongsi kepada kami.” 

872A
gambar hiasan

Menurut Aina, sebelum mereka berpisah, bekas suaminya pernah ‘kantoi’ berzina dengan perempuan lain ketika anak lelakinya itu baru berusia empat bulan. Namun, oleh kerana rasa sayang dan memikirkan keadaan anak yang masih kecil, dia dengan rela hati telah memaafkan kesalahan suaminya itu.

“Saya maafkan perbuatan suami saya dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. 

“Suami saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya percaya dengan janji BODOHNYA.” 

Wife Consoling Husband
gambar hiasan

Selepas mereka berbaik-baik semula, kehidupan Aina sekeluarga kembali seperti biasa. Bagaimanapun, semuanya tidak kekal apabila anak kecilnya yang kini berusia enam bulan mengalami kudis-kudis pada badan. 

Apabila dirujuk ke doktor, anaknya dikatakan hanya mengalami ruam dan kudis yang berlaku disebabkan anak kecil itu kerap menggaru. Pun begitu, kudis tersebut lama kelamaan berubah menjadi nanah dan berbau. Anaknya mengalami demam panas dan cirit birit yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Hati Aina remuk setelah doktor mengesahkan anaknya dijangkiti HIV. Malah lebih teruk lagi, dia juga mendapat penyakit yang sama! 

YES SAYA PUN DAPAT!!! Doktor beritahu, anak saya mendapat penyakit tersebut daripada saya melalui susu badan yang saya beri. Bekas suami saya pula menuduh saya curang dan mendapat penyakit itu daripada hasil kecurangan. 

“Bekas suami amat marah kerana dia pun dapat penyakit itu tapi Alhamdulillah anak perempuan saya tidak ada penyakit itu.” 

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Akhirnya, anak lelaki Aina meninggal dunia ketika baru berusia lapan bulan. Selesai menguruskan majlis pengebumian, suami Aina terus menangis dan melutut memohon ampun kepada anak lelaki mereka atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Maafkan papa, semua salah papa. Kalau papa tak berzina, anak papa mesti hidup lama…” 

Giphy 8

Nasi sudah menjadi bubur… Terlewat untuk lakukan apa-apa. 

Pengakuan tersebut telah membongkarkan dosa-dosa yang pernah dilakukan suami Aina sebelum ini hingga menyebabkan anak mereka meninggal dunia. Lelaki itu mengaku yang dia masih berzina dengan kekasihnya dan penyakit HIV yang dijangkiti mereka datangnya daripada wanita tersebut. Ciss! 

“Saya pergi ke mahkamah untuk tuntut cerai dan akhirnya kami berpisah. Sudah tiga bulan arwah anak lelaki meninggalkan saya dan bekas suami tak habis-habis ajak berbaik dan ingin bersama-sama saya hingga dia pergi selamanya. 

“Saya takkan sesekali kembali kepadanya, penyebab kematian anak saya. Anak perempuan saya, saya serahkan kepada kakak saya kerana takut dia dijangkiti daripada saya nanti.” 

Malah kata Aina lagi, andai dia mampu putarkan masa, dia tidak akan memaafkan bekas suaminya atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga meminta wanita di luar sana berfikirlah masak-masak sebelum menerima dan memaafkan lelaki yang telah curang atau berzina di belakang isteri. Jangan malu untuk lakukan ujian HIV demi masa depan anak-anak nanti.

“Disebabkan alasan bodoh yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecillah, mama hilang anak-anak mama…” 

Semoga wanita ini terus tabah menghadapi dugaan yang dialaminya. Buat lelaki di luar sana, ingatlah anak isteri sebelum membuat keputusan yang salah. Jangan sampai semuanya sudah terlewat.

Baca: “Alhamdulillah, sekarang saya bahagia…” – Wanita Ini Kongsi 7 Perkara Dilakukan Untuk Bangkit Selepas Bercerai

Bangkit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.