in

“Maafkan cikgu marah-marah awak…” – Ingatkan Murid Sengaja Tak Buat Kerja Sekolah, Rupa-rupanya…

Page Murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Maafkan cikgu marah-marah awak..." - Ingatkan Murid Sengaja Tak Buat Kerja Sekolah, Rupa-rupanya...
Loading
/

Profesion sebagai seorang guru bukanlah calang-calang pekerjaan yang boleh diambil mudah. Hal ini adalah kerana guru, selain mendidik, perlu menjadi seorang pemerhati yang baik.


Namun begitu, dengan jumlah pelajar yang ramai, ia menjadi satu cabaran besar buat guru untuk memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar. Melalui perkongsian di Facebook, baru-baru ini seorang guru telah tersalah anggap kepada muridnya yang lambat menyiapkan kerja rumah.

Menurut perkongsian Ameera Nabilah yang merupakan seorang guru sekolah rendah, terdapat seorang muridnya yang sering dimarahinya kerana tidak membuat kerja rumah.

Rupa-rupanya, pelajar itu mempunyai masalah tersendiri kerana tidak dapat membaca dengan lancar dan lambat menulis. Melalui entri tersebut, Ameera telah menyatakan rasa bersalah dan  memohon maaf kerana tidak menyedari hal ini lebih awal.

Ameera juga turut berkongsi video muridnya yang sedang melakukan tugasan diberikan. Sekali pandang, murid tersebut seperti murid-murid lain yang sedang menulis di dalam buku nota. Namun, jika diperhatikan dengan teliti, ada kelainan dengan kedudukan buku dan caranya menulis.

Murid3
sumber: facebook

Murid yang tidak dinyatakan namanya itu dirakam sedang membaca dan menulis secara terbalik sekaligus punca kelewatan dalam menyiapkan kerja sekolahnya terjawab.

Entri Ameera juga menunjukkan betapa dia sebagai guru kagum dengan murid tersebut yang tetap berusaha menyiapkan tugasan yang diberikannya untuk guru dan terutamanya untuk dirinya sendiri. Ameera juga berjanji untuk berusaha bersama-sama dengan muridnya tambah-tambah lagi selepas mengetahui hal yang sebenar.

Murid4
sumber: facebook

Situasi seperti ini menunjukkan betapa mencabarnya menjadi seorang guru. Guru perlulah sentiasa memerhati dan mencari punca disebalik kelakuan seseorang murid di dalam kelas bagi memastikan tiada sesiapa pun antara mereka yang tertinggal di dalam pelajaran.

Wah! Semoga pelajar ini akan terus berusaha.

Baca: Guru Ini Dipuji Ramai Selepas jaga Murid Tahin 1 Yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar

Murid1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.