in

“Maaf saya terpaksa buang dia…” – Ibu Tinggalkan Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf

Baby Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah sosial kini kian menular dalam kalangan masyarakat kita. Saban hari, ada sahaja berita yang kurang enak didengar seperti melahirkan anak luar nikah pada usia yang sangat muda dan tidak kurang juga berita mengenai pembuangan bayi.


Terbaru, menurut Berita Harian, seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat telah ditemui di Taiping berserta nota menyayat hati daripada ibunya.

Baby2
sumber: berita harian

Bayi baru lahir ini telah dijumpai oleh seorang lelaki di depan rumahnya, bersebelahan pasu bunga di Jalan Selasih, Kampung Kurnia Jaya di Kamunting pada jam 2.30 pagi semalam, lapor The Star.

Kemunculan bayi misteri itu mula disedari apabila seorang lelaki terperanjat mendengar suara tangisan bayi semasa tiba di kediaman miliknya. Menurut NST, bayi lelaki itu telah ditinggalkan di dalam sebuah kotak bersama nota yang dipercayai nukilan ibunya yang meminta maaf kerana terpaksa membuang anaknya dan meminta bayi itu dijaga dengan baik. Alahai!

Baby4
sumber: berita harian

Nota terbabit turut memberitahu bahawa dia akan sentiasa memerhatikan anaknya dari jauh dan merayu supaya mereka tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada anak itu nanti.

Beritahu sahaja dia yang pak cik dan mak cik merupakan mak ayah kandungnya.”

Selain itu, nota berkenaan juga menjelaskan bahawa si ibu tidak dapat menjaga bayinya sendirian walaupun menyayangi anak tersebut. Malah wanita itu juga memberitahu, dia datang dari jauh dan melakukan perkara ini untuk kebaikan anaknya. Sedihnya…

Baby3
sumber: berita harian

“Saya mahu anak saya hidup bahagia. Jangan benarkan orang hina dia anak haram. Tolong jaga dia dan jangan beritahu sesiapa selain keluarga.

Saksi yang menjumpai bayi itu langsung tidak dapat mengagak mana-mana individu yang dikenalinya sanggup meninggalkan bayi lelaki itu di hadapan rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid, berkata bayi lelaki itu dianggarkan seberat kira-kira 2.5 kg dan dipercayai dilahirkan dalam dua jam sebelum ditinggalkan di rumah berkenaan.

Baby5Blur 1
sumber: harian metro

Katanya lagi, bayi itu telah dibawa ke Hospital Taiping selepas menerima panggilan kecemasan daripada saksi berkenaan. Bayi berkenaan juga dikatakan dilahirkan cukup bulan dan kelihatan aktif.

Walau bagaimanapun, mereka masih belum dapat mengenal pasti ibu bayi tersebut dan anak berkenaan telah diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Sosial. Difahamkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 319 Kanun Keseksaan.

Kesian baby tu. Nasib baik tak ada apa-apa buruk yang terjadi padanya.

Baca: “Daripada bagi je baby ni, baik dapat duit sikit” – Gadis Mahu Jual Bayi Kembar RM15,000 di Mudah.my

Baby6 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.