“Looking for boyfriend!” – Wanita Tanpa Segan Mencari Jodoh di Twitter, Dapat Perhatian Ramai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jodoh itu terletak di tangan Tuhan. Setiap orang pastinya menyimpan impian untuk bertemu dan disatukan dengan jodoh masing-masing. Oleh itu, ada segelintir individu yang sanggup melakukan pelbagai cara termasuklah dengan mencari jodoh di laman media sosial bagi mencapai impian tersebut.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan beraninya telah memuat naik gambar berserta tweet di laman Twitter menyatakan kini sedang mencari jodoh kerana ingin menamatkan zaman bujangnya. Wah!

Sumber: Twitter

Wanita tersebut yang tidak menggunakan namanya di laman Twitter menulis dia kini sedang mencari teman lelaki dan tidak kisah dari negara mana. Katanya lagi, dia masih bujang dan ingin mencari jodoh sekiranya ada.



Wanita yang berusia 32 tahun itu turut memberitahu bahawa dia menginginkan kehidupan yang normal. Selain itu, dia merasakan menjadi seorang wanita yang masih single membuatnya rasa kesunyian.

Tweet ringkas wanita tersebut yang baru dinaikkan terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah mereka yang tinggal di Indonesia. Segelintir netizen tanpa segan silu telah menawarkan diri untuk menjadi jodoh buat wanita tersebut.

Sumber: Twitter

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mengusik rakan mereka dengan menghantar gambar serta tag rakan-rakan mereka untuk dijodohkan dengan wanita itu. Ini kelakar!

Sumber: Twitter

Difahamkan sehingga kini walaupun telah menerima sebanyak 3,000 retweet dan 330 komen daripada netizen, wanita tersebut masih belum menjawab pertanyaan mahupun sahutan lelaki-lelaki yang ingin berkenalan dengannya.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak memuat naik tweet baru berkenaan dengan mencari jodoh yang menyebabkan ada di antara netizen yang takut untuk mempercayai wanita itu, tambah-tambah lagi dengan rupa paras yang jauh kelihatan muda daripada umur yang dinyatakan.



Apa-apapun, harap akak ni dapat jumpa jodoh yang dicari.

Baca: Pasangan Kahwin di Korea Dengan percuma, Hanya Pakai baju Sejuk dan Sedia Mahar RM756

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.