in

“Lokapkan saja anak saya itu lama-lama tuan…..”

Rempit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu, pastinya mereka akan menyebelahi anak dan tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anak sendiri.


Namun, lain pula bagi seorang ibu di Kampar, Perak ini. Wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan itu meminta pihak polis supaya menahan anak lelakinya.

Menurut Harian Metro, anak wanita itu merupakan antara mereka yang ditangkap dalam Operasi Samseng Jalanan (Mat Rempit)/Ops Roda yang dijalankan di Kampar, bermula jam 8.30 malam semalam.

Rempit2
gambar hiasan

Sebanyak 26 keping saman telah dikeluarkan kepadanya atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan lesen motor tamat tempoh.

Remaja berusia 19 tahun berkenaan telah dikesan menunggang motorsikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 4, Jalan Gopeng-Batu Gajah berdekatan Taman Herba, tengah malam semalam.

Selepas ditahan, pihak polis telah menghubungi orang tuanya untuk memaklumkan hal tersebut. Namun, ketika mendapat panggilan daripada pegawai polis, ibu remaja tersebut bukan bersetuju untuk hadir ke balai tetapi meminta polis menahan anaknya.

Lokapkan saja anak saya itu lama-lama tuan…”

Rempit
sumber: harian metro

Eh kenapa pulak ni?!

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soo, wanita berkenaan meminta anaknya itu ditahan lebih lama kerana degil dan tidak mendengar kata orang tua meskipun sudah ditegur banyak kali. Patut la pun…

Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ingatkan boleh lepas lah, sekali mak sendiri minta tahan lokap! Haha!

Baca: Lelaki Ditangkap Meragut Dibaling Kerusi Oleh Ibu Di Balai Polis

Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.