in

Letak Dalam Sangkar Kecil Dan Sempit, Kilang Ini Paksa Anjing Mengawan 24 Jam!

Dogg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebulan lalu sebuah kedai haiwan terkenal dalam negara kantoi memberikan makanan dipenuhi lipas dan layanan buruk kepada haiwan-haiwan yang berada di situ, kali ini kisah penganiayaan haiwan yang lebih teruk berlaku di luar negara pula.


Pusat pemuliharaan haiwan seringkali menjadi perhatian gara-gara pelbagai cerita tidak elok yang tersebar mengenai tempat itu. Terbaru, Daily Mail melaporkan bahawa terdapat beberapa buah kilang haiwan di China yang mendera dan memberikan layanan tidak wajar kepada haiwan-haiwan yang terdapat di situ.

F1
sumber: daily mail

Difahamkan, sebuah kilang haiwan di Shanghai menempatkan anjing-anjing peliharaan di bawah jagaan mereka dalam bilik-bilik yang gelap. Ini dikatakan bertujuan bagi mengelakkan pengunjung-pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam tempat tersebut.

Sebuah kilang haiwan di daerah Guangdong juga dipercayai mendera seekor anjing sehingga tempang dan anggotanya tidak dapat berfungsi dengan baik. Mengejutkan, kilang-kilang jagaan haiwan ini sebenarnya lulus standard kebersihan yang ditetapkan untuk penternak anjing.

F3
sumber: daily mail

Namun jika melihatkan keadaan kilang berkenaan, ternyata hakikat sebenarnya adalah sangat jauh berbeza. Menurut penyiasat bertugas, anjing-anjing yang berada di dalam tempat itu tidak mendapat khasiat secukupnya. Sudahlah perlu menahan bau sangkar yang busuk, anjing-anjing itu juga seringkali dipaksa untuk mengawan siang dan malam!

Anjing betina yang berada di kilang haiwan tersebut pula dipaksa melahirkan dua ekor anak anjing dalam tempoh setahun. Melahirkan seekor anak anjing pun sudah cukup melemahkan tubuh haiwan tersebut, apatah lagi jika dua kali dalam setahun.

F4
sumber: daily mail

Kejamnya orang-orang macam ni! Sanggup mereka aniaya haiwan demi kepentingan masing-masing.

Baca: “Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!”

Viral

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.