in

“Lepas ni dia kena hadap produk dan bukannya hadap muka saya” – Iqbal Bertepuk Sebelah Tangan?

Vida Iqbal 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tarik nafas dalam-dalam bagi anda yang sedang membaca berita terbaru ini.


Dua tiga hari lepas kecoh kisah kontroversi cinta di antara usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Vida dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bertebar di laman sosial. Tup-tup hari ini lain pula ceritanya.

Menurut mStar, Dato’ Vida telah mengambil keputusan untuk memindahkan pembantu peribadinya ke jabatan pemasaran yang berkuatkuasa pada Khamis lalu. Eh dah kenapa pulak tiba-tiba ni? 

Main Ni 2110 P24 Nurilyanna 1
sumber: instagram

Keputusan drastik ini diambil selepas isu percintaan yang terpalit antara dirinya dengan jejaka kacak berusia 23 tahun itu telah membuatkan reputasi dan maruah diri Dato’ Vida sebagai usahawan tercalar. 

“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.

“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” ujar Dato’ Vida.

Laa Iqbal bertepuk sebelah tangan ke ni?? Kesiannya…

Iqbals
sumber: instagram

Gosip percintaan antara Dato’ Vida dan Iqbal ini hangat diperkatakan apabila anak perempuan usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Cik B telah memuat naik status di laman Instagram yang seolah-olah tidak merestui perhubungan mereka berdua.

Dalam pada masa yang sama, Iqbal juga dilaporkan memberi kenyataan pada media bahawa dia tidak menolak takdir andai dijodohkan dengan majikannya itu.

Walau bagaimanapun, Dato’ Vida memberitahu bahawa pertukaran Iqbal ke jabatan baharu itu tiada kena mengena dengan entri yang dimuat naik Cik B, kononnya menjadi batu penghalang kepada perhubungan mereka. 

Cikbvidakacak
sumber: instagram

Tambah Dato’ Vida, dia juga mengakui berasa tersinggung dengan kenyataan sesetengah pihak yang beranggapan kebanyakan lelaki yang mahu mendekatinya tiada niat lain selain berminat dengan wang dan harta yang dimiliknya. Hmm… susahlah nak jumpa cinta sejati kalau macam ni. 

“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.

I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” luahnya optimis.

Tak apalah Dato’ Vida, bila sampai masanya nanti mesti Dato’ akan temui cinta sejati. Bagi sesiapa yang berminat dengan jawatan kosong tu… cepat-cepatlah apply sebelum terlambat! 

Baca: “Saya sudah jatuh cinta dengan Vida” – Pembantu Peribadi Berusia 23 Tahun Sedia Kahwini Dato’ Vida 

Jatuh Cinta Vida Gold Digger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.