in

Lelaki Ubahsuai Van Lama Jadi Mini Karavan, Mula Pengembaraan Menakjubkan Bersama Keluarga

Page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang suka melancong, perbelanjaan untuk penginapan kadang kala menjadi faktor utama untuk memulakan sesuatu pengembaraan. Apatah lagi jika mempunyai anak-anak memandangkan mereka sukar untuk ‘duduk diam’.


Bagaimanapun, ianya bukan lagi masalah bagi seorang lelaki bernama Kas Hariz selepas beliau mengubahsuai sebuah van lama dikeluarkan pada tahun 1983 kepada mini karavan. Van yang dimaksudkan adalah Datsun C20.

Capture1
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van2
sumber: instagram | ourdatsunc20

Selepas diubah suai, van itu kini dilengkapi dengan kerusi yang juga berfungsi sebagai katil dan Kas boleh mengembara bersama keluarganya tanpa perlu memikirkan tentang penginapan. Dengan bajet yang rendah untuk mengembara, mereka sekeluarga tetap boleh tidur dengan nyenyak!

Kas turut berkongsi tentang setiap progres pengubahsuaian van tersebut di akaun Instagram beliau, ‘ourdatsunc20’.

Van
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van0
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van10
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van13
sumber: instagram | ourdatsunc20

Mini karavan tersebut di cat semula dengan warna turquoise bagi memberi nafas baharu dan sebuah kabinet kecil dimuatkan di dalam mini karavan itu supaya ianya lebih kemas dan lebih ruang dapat digunakan. Kipas mini turut diletakkan supaya isteri dan anak-anaknya tidak kepanasan sepanjang perjalanan!

Van11
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van12
sumber: instagram | ourdatsunc20

Bagi mencuba prestasi enjin mini karavan itu selepas diubah suai, Kas membawa ahli keluarganya ke Teluk Senangin.

Ini adalah kali pertama kami membawa mini karavan berusia 34 tahun kami ini berjalan jauh. Perjalanan kami selamat tetapi terdapat beberapa masalah kecil berlaku sepanjang perjalanan itu,” komen beliau.

Kas memuat naik gambar-gambar sepanjang pengembaraan itu di akaun Instagram beliau dan turut berkongsi di “My Campervan Malaysia”. Netizen sangat terpesona dengan kreativiti beliau.

Van4
sumber: instagram | ourdatsunc20
Van7
sumber: instagram | ourdatsunc20
Capture 1
sumber: instagram | ourdatsunc20
Capture2
sumber: instagram | ourdatsunc20

Mini karavan itu juga difahamkan turut dijadikan ‘mobile cafe’ di sekitar pekan Serendah, Selangor.

Van9
sumber: instagram | ourdatsunc20

Kreativiti ditunjukkan beliau telah membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa untuk melakukan perkara yang sama. Lepas ni, boleh lah mengembara seluruh Semenanjung!

Kalau anda mahu lihat gambar-gambar menarik mini karavan milik Kas Hariz, boleh lihat terus di akaun Instagram ‘ourdatsunc20’.

Van8
Sumber: instagram | ourdatsunc20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.