in

Lelaki Tua Kantoi Dirakam Cuba Raba Gadis Duduk Di Sebelahnya Di Dalam Tren

Pervert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Tua Kantoi Dirakam Cuba Raba Gadis Duduk Di Sebelahnya Di Dalam Tren
Loading
/

Tren adalah salah satu pengangkutan paling mudah dan paling selalu digunakan di bandar. Meskipun ramai yang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari tanpa masalah, namun ada juga kisah netizen menjadi mangsa perangai tidak senonoh individu tidak dikenali.


Seorang pengguna Facebook, Winna Chin kongsi kisah seorang lelaki dirakam melakukan tindakan tidak elok ketika di dalam tren di Singapura. Menurut Winna, dia sendiri menjadi saksi terhadap apa yang berlaku.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik, boleh dilihat lelaki itu sudah menyentuh paha gadis yang duduk di sebelahnya! Lebih teruk lagi, salah satu gambar turut menunjukkan dia sedang meletakkan tangan di ATAS paha gadis tersebut.

Pervert2
sumber: facebook
Pervert3
sumber: facebook

Winna menerangkan bahawa dia tidak menegur dan memarahi lelaki tersebut kerana takut dia akan ‘bertindak kasar’. Bagaimanapun, selepas melihat apa yang berlaku, Winna telah menyuruh gadis berkenaan untuk berdiri dan tidak terus duduk di sebelah lelaki miang tersebut. Malangnya, mangsa tidak mempedulikan nasihatnya, malah hanya merapatkan dirinya dengan rakan di sebelah (dan menyebabkan lelaki itu tidak berhenti dari berbuat sedemikian).

Pervert5
sumber: facebook
Pervert4
sumber: facebook

Akhirnya, rakannya menepis tangan lelaki itu yang kemudian turun di stesen berikutnya. Winna memberitahu bahawa dia merakamkan tindakan tidak senonoh lelaki berkenaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai selain turut memberi amaran tentang lelaki tersebut.

Apa-apa pun, jika anda ternampak tindakan tidak senonoh sebegitu di tempat awam, jangan teragak-agak untuk menegur, bukan hanya mendiamkan diri. Kalau takde yang masuk campur, sentiasa akan ada mangsa seterusnya!

Baca: Lelaki Pertengahan Usia Kantoi Ambil Gambar Dan Rakam Video Gadis Di Stesen KTM Petaling

Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.