in

Lelaki Transeksual Luah Rasa Sedih Diberi Layanan Buruk Oleh Doktor di Klinik Mediviron

Sakit Mata Pondan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua tahu, golongan transeksual di negara ini sering disisihkan dan jarang mendapat tempat di masyarakat tidak sepertimana yang berlaku di luar negara. Namun patutkah seorang transeksual diberi layanan buruk oleh pihak klinik hanya kerana penampilannya?


Menerusi perkongsian Wan Dee Va di laman Facebook, dia yang merupakan lelaki transeksual mengalami sakit mata akibat memakai kanta lekap jenama murah dari Korea dan China.

18403654 313883075710025 684597846811905728 N
sumber: facebook

Apabila dia mengunjungi sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan, dia telah diberi layanan buruk bukan sahaja oleh staf-staf yang bekerja di situ, malah oleh doktor yang merawatnya juga.

172224Q08W294Jczrym2Fv
sumber: facebook

Kesal dengan apa yang berlaku, dia memberitahu,

Staff kaunter gelak ketawa tak hormat jantina sesama manusia. Masuk bilik doktor, tak sampai tiga minit tanpa periksa apa-apa, cuma suluh dengan lampu suluh yang dibeli dari kedai RM2, kemudian cakap mata ini memang ada jangkitan.”

Katanya lagi, doktor tersebut hanya memberi ubat antibiotik saja. Namun tidak diberikan pula ubat titik, krim sapu dan ubat tahan sakit. Dia kemudian tidak berpuas hati apabila dicas sebanyak RM50 untuk ubat itu.

Saya tak berkira soal duit, tapi ia tentang rawatan ke atas saya dan mata saya. Saya bekerja pakai mata, mata saya untuk tenung wajah orang untuk dandanan dan solekan.” 

Kalau mata saya buta, saya nak cari rezeki macam mana untuk cantikkan orang? 

Sebab aku berjantina macam ini, kau buat main dan gelak-gelak?”

16142584 258452511253082 3010976387343604484 N 1
sumber: facebook

Namun sehari selepas itu, Wan Dee Va memuatnaik gambarnya sedang menjalani rawatan di Hospital Shah Alam. Dia memaklumkan matanya perlu dicuci dan korneanya koyak sedikit oleh kerana jangkitan yang dialami. Pun begitu, keadaannya baik-baik saja dan dia akan membuat temujanji dengan doktor pakar berkaitan sakitnya itu.

Trans
sumber: facebook
18403163 314107769020889 5999346828985434366 N
sumber: facebook

Berikutan perkongsian itu, pengguna Facebook memberi respon simpati terhadap apa yang menimpanya, malah ada juga yang menasihati Wan Dee Va supaya berhenti menggunakan kanta lekap yang murah kerana ia bahaya dan kemungkinan besar dapat mengakibatkan sakit mata yang lebih teruk dari sekarang.

Lain kali jangan beli kanta lekap yang di tepi jalan atau tak sahih datangnya dari mana. Murah memang murah, tapi bahaya.” 

Tak perlulah kecam dia, perempuan ke lelaki, dia perlukan nasihat untuk mata dia tu.”

Kami tidak lah menyebelahi sesiapa tetapi bukankah seorang doktor seharusnya melayani pesakit secara profesional? Tak kiralah sama ada dia transeksual sekalipun, yang penting tanggungjawab mengubati pesakit itu dilaksanakan dengan baik. Tak gitu? Semoga matanya pulih seperti sedia kala!

Baca: Penari Kebudayaan Sarawak Dihalau Dari Bergambar Di KLCC Kerana Pakai Baju Kebudayaan

Halau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.