in

Lelaki Tolak Isteri Selepas Kantoi Curang Keluar Dengan Wanita Lain di IOI City Mall

636206506340675901416155851 Dv
one caucasian couple man and woman expressing domestic violence in studio silhouette isolated on white background

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri mana yang tak sedih kalau suaminya curang dengan wanita lain? Lebih menyakitkan hati, apabila suami tersebut sanggup tolak isteri sendiri sehingga terjatuh kerana mengganggu dia dan teman wanita sedang berdating.


Melalui perkongsian pengguna Twitter bernama Aimaanna, dia dan dan suaminya melihat kejadian tersebut berlaku di hadapan mata mereka. Lelaki dayus itu tanpa rasa belas kasihan telah menolak isterinya jatuh di hadapan anak mereka.

Aimaana
sumber: twitter
2
sumber: twitter

Menurut Aimaanna,

Waktu kejadian lebih kurang lepas maghrib. Saya bersama suami, jalan-jalan cari tempat makan untuk makan malam.” 

“Kami berjalan ke arah ice skating dekat tingkat satu sebab kami nak pergi ke Texas Chicken. Macam pasangan yang lain, kami berpegangan tangan.” 

“Sehinggalah kami nampak tiga orang lain yang berdiri bersebelahan. Tapi saya tak nampak sangat. Tahu-tahu je nampak macam ada salah seorang terjatuh.”  

Pada mulanya Aimaanna tidak mahu masuk campur dan ingin pergi dari tempat tersebut. Namun suaminya, Arshad berkeras untuk membantu wanita yang terjatuh itu.

Dia terus pergi dekat tempat orang yang terjatuh dan waktu itu baru saya perasan yang seorang perempuan dalam lingkungan umur 40-an terjatuh ke atas lantai dengan kasut tercabut.” 

“Ada seorang budak perempuan dan seorang lelaki. Rupanya itulah yang Arshad nampak.”

S
gambar hiasan – sumber: aryageet

Menurut Aimaanna lagi, lelaki tersebut ialah suami kepada wanita itu. Arshad yang tidak tahan melihat kejadian tersebut terus menegur lelaki itu dengan berkata, “Abang kenapa tolak-tolak perempuan macam ini, bang?” 

Tegurannya mendapat balasan keras dari lelaki itu yang mengatakan, “Ini hal saya dan isteri saya.”

Disebabkan lelaki itu masih berkasar dengan isterinya, suami Aimaanna menyuruh dia menelefon polis. Lelaki tersebut mula rasa tertekan dan malu kerana mereka menyebelahi isterinya.

Apa yang lebih mengejutkan lelaki ini tidak mahu pulang dengan isterinya selepas dipujuk kerana dia sedang berdating dengan kekasihnya di sebuah restoran di situ!” 

“Akibat tertekan, akhirnya dia akur nak ikut balik bersama isteri dia. Kemudian dia masuk kedai makan semula, pergi dekat meja kekasih dan beritahu yang dia kena pergi.”

“Itu perkara yang paling menyakitkan hati saya. Perasan tak elok bercampur baur dalam hati.” 

Apabila ditanya Aimaanna tentang apa yang menimpa wanita malang itu sehingga kejadian ini berlaku, mangsa memberitahu bahawa suaminya telah disihir kekasihnya tadi. Disebabkan hal tersebut, lelaki itu mula tidak ambil kisah tentang urusan keluarga, kerja dan duit untuk mereka sekeluarga. Tergamak buat anak isteri macam tu! 

275 Orig
gambar hiasan – sumber: yazilari

Menurut Aimaana lagi, wanita itu juga memegang kertas bertulisan ayat ruqyah dan terkumat-kamit membaca ayat tersebut apabila suaminya pergi ke kekasihnya semula. Manakala anak perempuan kepada pasangan itu pula sibuk mengambil gambar ayahnya dengan si kekasih yang berada di dalam restoran.

Walaupun begitu, lelaki itu akhirnya akur untuk pulang bersama isterinya. Aimaana juga sempat berkongsi tips akan apa yang patut dilakukan jikalau seseorang itu berhadapan dengan mangsa keganasan rumah tangga.

“Kalau terlihat perkara sebegini berlaku, jangan jadi tukang tengok. Pergi tegur saja orang yang berkasar dan bantu si mangsa.”

“Kalau kena tegur balik macam yang kami kena, beri amaran kepada orang itu supaya dia berhenti berkasar kepada si mangsa. Telefon kecemasan atau polis.”

Bila telefon pihak berkuasa, mereka biasanya akan jadi kecut. Inilah keganasan rumah tangga. Kita dah nampak, jadi kita kena report.”

Dia juga sempat menambah, “Fikirlah elok-elok sebelum kahwin. Fikir sebelum buat anak. Jangan tahu nak sedap je.”

“Tolonglah backup si mangsa. Bila dah ada orang menyebelahi mereka, tahap keyakinan mereka pun akan naik,” katanya lagi.

Perkongsian ini mendapat 2,976 retweet dengan kebanyakan pengguna Twitter ikut sama berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan isu tersebut.

Harapnya wanita itu dan anaknya tidaklah diperlakukan apa-apa oleh lelaki tersebut. Kepada para suami pula, sayangilah anak dan isteri anda. Nanti kalau dah tak ada, nak menyesal pun tak berguna. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.