in

Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi

Tipucuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi
Loading
/

Cuti sekolah semakin hampir dan pastinya ramai ibu bapa yang mungkin sudah merancang percutian bersama anak-anak menggunakan khidmat agen percutian. Namun, sudahkah anda periksa terlebih dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan pakej percutian ini sebelum menggunakan khidmat mereka?


Terbaru, tular di Facebook tentang seorang wanita yang berang kerana dia telah ditipu oleh individu yang menawarkan pakej percutian murah.

Tipubaru3
sumber: facebook

Menurut Dija Faizah di Facebook , dia dan beberapa orang yang terlibat dengan pakej percutian tersebut telah ditipu oleh seorang lelaki yang kononnya membuat pakej percutian murah bagi menarik pelanggan untuk mengambil servisnya.

Tipubaru2
sumber: facebook

Dija turut memberitahu bahawa lelaki ini telah membuka pakej tersebut setahun lebih awal dengan tujuan untuk memberi masa kepada pelanggan bagi mengumpul duit dan membayar wang yang ditetapkan secara ansuran. Malangnya, setelah setahun berlalu, pelanggan masih tidak mendapat apa yang dijanjikannya. Alamak…

Disebabkan hal tersebut, dia bersama pelanggan-pelanggan lain telah cuba meminta penjelasan daripada lelaki berkenaan tetapi yang mereka terima hanyalah alasan bahawa suspek mengaku telah menggunakan duit tersebut untuk tujuan lain. Biar betul??

Tipubaru4
sumber: facebook
Tipubaru6
sumber: facebook

Berang dengan apa yang berlaku, mangsa terus membuat laporan polis terhadap lelaki itu setelah duit yang diminta tidak dipulangkan dan mereka telah disekat daripada menghubunginya.

Berdasarkan screenshot perbualan antara mangsa-mangsa dan lelaki tersebut, suspek dengan beraninya telah mencabar mereka untuk menularkan hal ini dan membuat laporan kepada pihak polis.

Tipubaru8
sumber: facebook
Tipubaru9
sumber: facebook
Tipubaru5
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga seakan-akan berlagak dengan menghantar video dirinya sedang mengira wang mangsa dan menyalahkan mereka kerana ‘memberi’ wang tersebut kepadanya. Amboi berani sangat ni! 

Tambah Dija lagi, ‘penyangak’ ini juga rupa-rupanya telah melakukan penipuan itu sejak tahun 2012 lagi tetapi tiada sesiapa yang tampil untuk membuat laporan polis yang menyebabkan dia masih lagi aktif menjalankan aktiviti ini. 

Macam ni pun ada ke? Alasan menyakitkan hati pulak tu dia bagi. Harap-harap polis dapat tangkap pencuri ni! Yang lain hati-hati ye. Periksa dulu latar belakang agen percutian sebelum membuat pembayaran.

Baca: Impian Lelaki Ingin Jadi Polis Musnah, Ditipu Ejen Pengiklanan RM1000 Untuk Jadi Sarjan

Tipubaru10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.