in

Lelaki Tinggal Kerjaya Sebagai Juruterbang Kepada Petani Kerana Minat, Kini Peroleh Pendapatan Lebih Lumayan

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda rasa seperti mahu berhenti kerja untuk melakukan sesuatu yang anda minat? Tetapi anda takut untuk membuat keputusan itu kerana tahu anda mengambil risiko yang besar.


Jika ya, anda perlu hapuskan ketakutan itu dan contohi tindakan berani bekas juruterbang ini apabila dia telah memutuskan untuk menukar kerjayanya dalam bidang yang diminati.

Petani 2
sumber: malaysia viral story

Ramana K Naidu tekad meninggalkan kerjayanya sebagai seorang juruterbang untuk menjadi petani pada tahun 2012. Dia kini memilih untuk memandu jentera penuai di ladang jagung miliknya yang berkeluasan hampir 60 hektar di Kuala Muda, Kedah, lapor Harian Metro.

Petani 3
sumber: malaysia viral story

Anak muda yang baru berusia 27 tahun itu dikatakan memperoleh hampir RM 14,000 hasil jualan kacang panjang dan hasil itu telah membuatkan dia lebih bersemangat untuk mempelajari teknologi pertanian dengan lebih mendalam di India, China dan Taiwan.

“Saya mula menggunakan teknologi seperti corn planter, cultivator machine dan dron untuk membaja selain mencipta modul sendiri bagi meningkatkan kualiti hasil pertanian saya dan ia membuahkan hasil.”

Petani
sumber: harian metro

Ramana yang telah menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) adalah antara belia yang telah dipuji oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif yang diusahakan.

“Saya sangat gembira dan berasa dihargai ketika Perdana Menteri memuji saya. Dan saya rasa perlu lakukan lebih banyak lagi supaya terus jadi sumber inspirasi kepada golongan belia.”

Perunding bagi Lembaga Pertubuhan Peladang itu juga menyeru agar generasi muda di Malaysia tidak segan silu untuk menceburi bidang pertanian kerana sektor itu mampu menjana pendapatan tinggi.

Betul tu. Siapa sangka seorang petani mampu meraih pendapatan sebanyak itu! Mari kita semua contohi Ramana.

Baca: Pemegang Ijazah Kejuruteraan Gagal Dapat Kerja Tekad Jadi Tukang Cuci Rumah Demi Sara Hidup

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.