in

Lelaki Tinggal Ibunya di Pusat Jagaan Warga Tua Sejak 2001, Langsung Tidak Melawat Selama 16 Tahun

St 20171030 Llhome30 3522156 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin kata-kata hikmat, ‘seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu’ itu ada benarnya juga. Melihatkan nasib wanita tua yang ditinggalkan di pusat jagaan ini mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja.


Begitulah malang yang terpaksa dilalui Pungut Junaidi, 69, apabila dia telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri selama 16 tahun apabila dia dimasukkan ke Pusat Penjagaan Warga Tua Green Acres di Johor Bahru sejak tahun 2001, lapor The Straits Times.

Pungut 3
sumber: the straits times

Menurut kakitangan Green Acres yang terletak berdekatan Causeway Link, Pungut yang memegang kewarganegaraan Malaysia pada asalnya tinggal di Singapura bersama ahli keluarga yang lain sebelum dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng akibat penyakit angin ahmar.

Setelah selesai menjalani rawatan di hospital, wanita tersebut dibawa ke pusat jagaan berkenaan.

St 20171030 Llhome30Q2Js 3522157
sumber: the straits times

Selama 16 tahun berlalu, hidup Pungut sunyi tanpa kunjungan. Malah wanita yang semakin uzur ini bertambah murung dan lebih suka mendiamkan diri apabila melihat rakan-rakannya gembira menerima lawatan ahli keluarga ketika Aidilfitri menjelma. Alahai, sedihnya…

Bimbang dan juga bersimpati dengan keadaan wanita malang itu, pemilik pusat jagaan berkenaan, Yeo Kok Leong telah menghubungi The Straits Times baru-baru ini untuk mendapatkan kerjasama bagi mengesan keluarga Pungut yang dipercayai tinggal di Singapura.

“Dia selalu cakap yang dia nak balik. Jadi kami ingin bantu lunaskan hasrat hatinya,” kata Kok Leong.

St 20171030 Llhome30 3522156
sumber: the straits times

Malah Kok Leong juga pernah cuba menghubungi anak lelaki Pungut yang bernama Syahrunizal Mohamad Ali, namun usahanya menemui kegagalan. Tidak cukup dengan itu, dia juga cuba menjejaki keluarga Pungut di kampungnya dekat Segamat, namun mereka tidak menemui apa-apa.

Menurut Kok Leong, kesihatan Pungut yang semakin uzur adalah faktor mengapa dia mencari keluarga Pungut, bukannya untuk menuntut bayaran yuran pusat jagaan yang tidak dilangsaikan bertahun lamanya.

Yuran bulanan penghuni di situ bermula dari RM1,700 sebulan mengikut jenis jagaan yang diterima.

“Bukan kerana duit, kami hanya berharap anaknya dapat datang menziarah ibunya,” tambah Kok Leong.

Pungut 1
sumber: the straits times

Penjaga di Green Acres yang didiami 25 orang penghuni ini sedang cuba melakukan apa yang mereka mampu untuk Pungut, yang kini tidak mampu berjalan, menghadapi kesukaran dalam bercakap dan hanya makan melalui saluran di hidung.

Pulanglah melawat ibumu wahai anak. Jangan nanti menyesal lepas si ibu tu dah tak ada nanti. Buat apa pun dah tak ada guna…

Baca: Warga Emas Dikurung dan Dibiarkan Dalam Keadaan Berlumuran Najis Oleh Anak, Rupa-rupanya…

Bapa Najis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.