in

Lelaki Tikam Rakan Hingga Tembus Jantung dan Paru-paru Kerana Jalin Hubungan Sulit Dengan Isterinya

Tikam Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berang kerana masih tidak faham bahasa meskipun sudah diberi amaran, seorang suami bertindak ganas terhadap lelaki yang tidak henti-henti menganggu isterinya.


Menurut Harian Metro, mayat seorang lelaki ditemui mati di tapak pembinaan Sky Awani Kondominium, Kampung Batu Muda, Jinjang pada 4 Oktober lalu. Polis Sentul turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek pasangan suami isteri warga Madura yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek dikenali sebagai Kasnawi dan Yumyat masing-masing berusia 30-an dipercayai masih bersembunyi di negara ini.

Bunuh 1
sumber: the star

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan penemuan mayat dengan kesan tikaman di dada pada Rabu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Horiri adalah warga Madura yang tinggal di sebuah rumah di tapak pembinaan tersebut bersama abangnya serta pasangan suami isteri itu sejak dua bulan lalu, lapor MMO.

“”Hasil maklumat yang kita terima, motif pembunuhan ini adalah disebabkan perasaan cemburu di mana mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan isteri suspek.”

Cheat
gambar hiasan

Difahamkan, sebelum kejadian pembunuhan itu berlaku, Horiri telah menjalinkan hubungan bersama Yumyat namun diketahui Kasnawi yang kemudiannya memberi amaran kepada abang mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terus menerus menggoda isterinya mengakibatkan suspek marah,” kata Munusamy.

Berang dengan kedegilan lelaki tersebut, Kasnawi bertindak menikam Horiri menggunakan pisau dapur sebanyak tiga kali pada Rabu lalu. Mangsa telah ditikam di belakang badan, tengkuk dan dada kiri hingga menembusi jantung dan paru-paru! Ngerinya…

Malah, menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy, kepala mangsa juga telah dijirus air panas, dipercayai ritual kepercayaan masyarakat Madura.

Tikam
gambar hiasan

Suspek kemudian bertindak melarikan diri dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan serta berharap agar orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Polis Farokh Faisal Ahmad di talian 017-7762991.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, sila bantu pihak polis menjalankan siastan!

Baca: Anak Saksi Perbuatan Bapa Tetak Kaki Emak Hingga Putus Depan Mata Akibat Rasa Cemburu

Kena Tetak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.