in

Lelaki Tiada Duit Nak Bayar Bil Makan, Hubungi Polis Minta Tangkap dan Penjarakannya

Fere

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar kisah individu yang sanggup mengemis untuk mendapatkan wang demi menyara kehidupan seharian. Namun apa yang peliknya, lelaki dari Jepun ini sengaja melakukan kesalahan supaya dia boleh laporkan dirinya pada polis.


Menurut Nextshark, seorang lelaki warga emas telah memutuskan untuk menghubungi polis dan melaporkan diri sendiri selepas tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil makanannya. Lelaki berusia 63 tahun itu hanya membawa 96 yen (bersamaan RM3.50) bersamanya sewaktu dia memesan semangkuk hidangan nasi di sebuah restoran di Fukuoka pada 21 November yang lalu.

E1
sumber: nextshark

Warga emas yang tidak bekerja itu bukan sahaja menghabiskan menu nasi berharga RM24 yang dipesannya tanpa sebarang niat untuk membayar hidangan, malah dia juga memaklumkan pengurus restoran dan menyuruhnya menelefon polis.

Namun, pengurus restoran tersebut begitu baik hati dan membenarkan warga emas itu membayar hutangnya di lain hari. Ketika pengurus tersebut ragu-ragu untuk menghubungi pihak berkuasa, warga emas itu bertegas untuk mengadu kesalahannya kepada pihak polis. Dia malah menggunakan telefon awam berdekatan untuk melaporkan dirinya!

E4
sumber: nextshark

Setibanya pihak polis ke restoran tersebut, mereka akhirnya menangkap warga emas itu kerana disyaki menipu. Pun begitu, ini bukanlah pertama kali lelaki penganggur ini ditahan di penjara. Dia memberitahu pihak terbabit bahawa dia hanyalah kebuluran tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makanannya.

“Jika kamu ditangkap, kamu masih ada tempat berteduh, diberi makan tiga kali sehari dan dapat buat pemeriksaan kesihatan. Jadi ini adalah win-win situation untuk kedua-dua pihak,” kata pegawai Kementerian Keadilan Jepun, Shinsuke Nishioka.

E2
sumber: media permata

Shinsuke juga memberitahu bahawa kemudahan-kemudahan yang disediakan di penjara inilah yang menjadikan ramai warga emas memilih untuk melakukan jenayah supaya mereka dipenjarakan. Mereka lebih selesa di penjara kerana ada yang menjaga makan minum mereka.

Kasihannya sampai sanggup masuk penjara kerana tidak cukup duit untuk beli makanan. Tapi makan tak bayar pun kira mencuri juga. Korang jangan buat jenayah pula jika tak cukup duit makan ye!

NOTA: Gambar atas kanan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi

Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.