in

Lelaki Tetak Teman Wanita Kerana Enggan Lakukan Seks dan Beri Komen Alat Sulit ‘Kecil’

Bunuh Feature

Perasaan cemburu sama sekali tidak boleh diambil remeh memandangkan pelbagai kes jenayah dilaporkan berlaku disebabkan hal itu. Seperti kes di Selatan Kalimantan, Indonesia ini di mana seorang lelaki bertindak membunuh kekasihya kerana menyangka wanita itu bersikap curang.

Menurut Malaysian Digest, ketika kejadian pada Selasa lalu, lelaki yang bernama Simson itu dikatakan cemburu selepas melihat teman wanitanya berbual dengan lelaki lain di sebuah warung.

Sembang 2
gambar hiasan

Ketua Polis Tanahlaut AKBP Sentot Adi Dharmawan berkata, kebetulan pada malam tersebut Simson juga turut mengajak teman wanitanya untuk melakukan hubungan seks. Wanita itu bagaimanapun menolak dan bertindak tidur membelakanginya.

Tambah Adi lagi, kemarahan Simson memuncak apabila teman wanitanya itu sempat mengatakan bahawa dia mempunyai saiz kemaluan yang kecil.

Perasaan cemburu bercampur marah dengan sikap teman wanitanya itu membuatkan Simson kemudian bertindak membunuh wanita berkenaan dengan menetak kepala, bahu dan leher mangsa!

Tikam 1
gambar hiasan

“Perasaan cemburu menjadi motif suspek bertindak membunuh mangsa. Parang atau senjata tajam yang digunakan suspek dipercayai di ambil di dapur.

“Tindakan mangsa yang tidur membelakangi lelaki itu digunakan suspek untuk menetak leher wanita itu sebanyak tiga kali,” kata Adi.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke hospital dan Simson bagaimanapun tidak melarikan diri. Sebaliknya, dia mengaku telah membunuh teman wanita kesayangannya itu.

“Saya ambil parang di dapur. Itu parang yang saya gunakan untuk kerja di ladang kelapa sawit.”

Bunuh 1
sumber: tribunnews

Kakak Simson turut tampil mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa dan suspek selama ini tinggal bersama secara tidak sah serta mempunyai dua orang anak hasil hubungan zina.

Lebih mengejutkan lagi, mangsa yang meninggal dunia juga dilaporkan sedang hamil empat bulan! Kesiannya bayi tu!

Menurut Tribunnews, kes itu kini masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

Lihatlah betapa bahayanya perasaan cemburu hingga mampu jadikan seseorang itu pembunuh! 

Baca: Lelaki Kelar Leher Wanita Kerana Komen Tak Pandai Melakukan Seks

Cats 7