in

Lelaki Tembak Mati Isteri Kerana Minta Cerai Selepas Kantoi Main Kayu Tiga

Bunuh Bini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mudah sungguh orang zaman sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga. Apabila jalan penyelesaian tidak ditemui, keganasan termasuklah pembunuhan dilakukan demi menutup kesalahan ataupun melempiaskan amarah yang tidak terhingga.


Menurut laporan The Star, seorang pegawai tentera telah menembak mati isterinya di Udon Thani, Bangkok selepas mereka bertengkar akan tindakan suaminya bermain kayu tiga di belakang si isteri. 

F32C24517C7B59A1A3361Abe423E9061
sumber: the star

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya, Sarjan Mejar Kelas Pertama, Pichet Chumboonchoo, 41, telah ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di bahagian dada. Manakala isterinya pula, Sirinporn Chumboonchoo, 40, berada 5 meter jauh darinya dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian belakang tubuh akibat ditembak sebanyak tiga kali. Aduhai! 

Menurut pihak polis, pertelingkahan antara mereka bermula apabila Sirinporn menuduh suaminya main kayu tiga bersama wanita lain. Disebabkan kecewa dengan tindakan suaminya, Sirinporn meninggalkan lelaki itu dan tinggal bersama keluarganya di Udon Thani.

Istericurangdipejabat
gambar hiasan

Pichet kemudian menyusul isterinya ke Udon Thani untuk memohon kemaafan dari Sirinporn, namun isterinya itu menolak permohonan untuk kembali secara mentah-mentah dan mahukan penceraian.

Berang dengan permintaan isterinya, Pichet telah menembak Sirinporn, anak saudara isterinya yang berusia tujuh tahun dan wanita pembantu kedai yang berusia 32 tahun pada bahagian buku lali.

Sepucuk pistol automatik 9mm dan beberapa kelongsong peluru telah ditemui di tempat kejadian. Difahamkan juga, orang awam telah membantu memberi resusitasi jantung pada Sirinporn, namun semuanya sudah terlambat apabila mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Udon Thani Songthaew
sumber: thailand news

Manakala saksi kejadian pula mengatakan bahawa mereka terlihat suspek secara tidak sengaja telah menembak dadanya sendiri setelah dia menghadapi masalah dengan pistol miliknya.

Kenapalah sampai perlu ada pertumpahan darah? Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik jika masing-masing duduk berbincang dan berkomunikasi mengenai apa yang tidak kena mengenai perhubungan mereka. 

Baca: Lelaki Bakar Isterinya Kerana Wanita Itu Tidak Mahu Lagi Tinggal Bersamanya

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.