Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum ‘Pengebom Berani Mati’ di Parti Halloween

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak kebelakangan ini banyak betul kita dengar pasal rakyat Malaysia yang menyambut Halloween walaupun sambutan ini bukanlah menjadi kebiasaan di negara kita.

Tahun ini, sambutan hari Haloween mendapat perhatian ramai apabila kecoh seorang lelaki di Damansara Perdana memakai kostum seperti pengebom berani mati, lapor Utusan.

Sumber: Utusan

Pemilihan kostum sememangnya hak setiap individu, tetapi tindakan lelaki tersebut mengenakan kostum sebegitu membuatkan penghuni di sekitar kawasan itu tidak senang duduk dan menuduhnya tidak sensitif dengan pandangan umum masyarakat.



Lelaki itu telah hadir di sebuah majlis pada 28 Oktober lalu kira-kira jam 7.40 malam, memakai jubah dan selendang di kepala. Selain itu kotak diperbuat daripada kadbod dan botol air mineral yang kosong melambangkan bahan peledak dibalut dipinggangnya. Rupa kostum tersebut yang saling tak tumpah seperti penyerang berani mati ISIS sememangnya menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

Sumber: Daily Mail

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din memberitahu bahawa pihaknya menerima laporan tentang lelaki disyaki dari Arab atau India itu selepas penduduk dikatakan terkejut dan berasa tidak selesa dengan pemakaiannya.

Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut hari ini. Berdasarkan maklumat lelaki tersebut berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk dan suspek kini giat dikesan.”

Sementara itu, ramai netizen yang memberikan komen bahawa lelaki tersebut mungkin cuba meniru gaya Jalal, seorang selebriti Youtube yang sering keluar berpakaian sebegini untuk prank orang awam.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Sumber: Youtube

Berdasarkan maklumat perwatakan dan gambar yang diberikan oleh penduduk, pihak polis kini giat dalam usaha mencari lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Menurut Mohd. Zani, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Mungkin ramai yang ingat pakai kostum bukan-bukan itu hanya perkara remeh atau satu gurauan semata. Tapi kalau dah jadi macam ni, buruk padahnya. Fikir-fikirlah sebelum berbuat sesuatu walaupun kita mungkin tak rasa isu itu perkara serius.

Baca: Lelaki Kongsi Helah Terbaru Pencuri Menyamar Sebagai Tukang Cat Rumah di Kuching

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.