in

Lelaki Tahanan Lokap Dipukul Dengan Getah Paip dan Dicucuh Elektrik Dalam Keadaan Mata Tertutup

Tortured Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki berasal dari Setiawan, Perak telah ditahan oleh empat orang anggota polis dan diletakkan sebagai tahanan lokap selama 14 hari. Sepanjang tempoh tahanan, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.


Lokap
gambar hiasan

Menurutnya, dia telah diserang dengan kasar dan diseksa oleh pegawai polis semasa tempoh soal siasat. Biar betul??

Menurut World of Buzz, lelaki yang berusia 35 tahun itu bernama Lim dan dia telah dibawa polis untuk sesi soal siasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan. Walau bagaimanapun, pada hari keempat tahanan lokap, dia telah disoal siasat dari pagi sehinggalah ke malam dan dipukul menggunakan batang getah paip dan kayu. Gilalah! 

Lebih teruk lagi apabila mangsa langsung tidak dapat mengecam pegawai polis yang berbuat demikian kepadanya kerana matanya telah ditutup setiap kali mereka menyerangnya!

Screen Shot 2017 07 26 At 11.10.14 Am
sumber: wob

Tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada pegawai polis juga telah mengambil tuala yang dibasahkan dengan air panas dan melemparkan ia ke tubuh badan mangsa sehingga mengenai bahagian leher dan bawah badan. Mangsa yang tidak tahan akan kesakitan yang dialami akhirnya jatuh pengsan.

Selepas melihat mangsa pengsan, Lim yang dalam keadaan separa sedar terasa seperti tubuhnya dicucuh elektrik dengan tujuan untuk menyedarkannya semula. Aaa kejamnya!

Screen Shot 2017 07 26 At 11.09.53 Am
sumber: wob

Disebabkan kecederaan teruk yang dialaminya, Lim hampir tidak sedarkan diri. Dengan itu, dia telah dibawa ke hospital dan dirawat selama enam hari di sana.

Apabila kes ini dirujuk kepada Ketua Polis Daerah Manjung, Penolong Pesuruhjaya Muhammad Hanif berkata, dia telah mengatur pertemuan dengan bapa Lim untuk memahami situasi tersebut dengan lebih baik.

“Saya telah meyakinkan bapa mangsa yang pihak polis mengambil aduan ini serius dan telah pun menjalankan siasatan dalaman. Disebabkan ia bakal mengambil masa yang agak panjang, saya meminta keluarga mangsa untuk beri kami lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci,” kata Hanif. 

Difahamkan juga pihak polis akan melihat rakaman CCTV lokap tersebut dan bilik siasatan semasa menunggu laporan kesihatan Lim dari hospital.

Semoga kebenaran terbukti tidak lama lagi dan siasatan dijalankan dengan telus dan adil! 

Baca: Dua Anggota Polis Ditangkap Cuba Seludup Masuk Barangan Terlarang ke Dalam Lokap

Lokap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.