Lelaki Sanggup Berjalan Kaki Dari Alor Setar ke Pendang Demi Untuk Mencari Kakak Kandung

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau kita menyangka kehidupan yang sedang kita lalui sekarang sudah cukup payah, kita mungkin belum betul kenal erti kesusahan.

Pernahkah anda terfikir untuk berjalan di tengah panas, di atas lebuhraya hanya kerana mencari saudara yang sudah lama menghilang?

Menerusi perkongsian seorang netizen di Penang Kini, dia telah bertemu dengan seorang pakcik semasa dalam perjalanan dari lebuhraya Alor Setar menuju ke Pendang. Pakcik tersebut menurutnya sedang berjalan seorang diri di atas lebuhraya selepas dari susur keluar Pendang di lorong kecemasan.



“Hati aku tergerak nak berhenti bertanyakannya. Tapi aku tak boleh nak berhenti atas highway sebab aku bawa lori dan (aku) fikir brader ni berjalan kaki atas jambatan, jadi aku buat keputusan untuk berhenti dekat hentian KOBAH,” katanya.

Sampai sahaja pakcik tersebut dekat dengan lorinya, dia terus bertanya, “Abang nak ke mana?”

Pakcik itu menjawab yang dia mahu ke Butterworth. Lalu dia mempelawa pakcik tersebut yang sudah keletihan untuk menaiki lorinya oleh kerana dia juga ingin ke sana.

Sumber: Facebook

Dari situ, dia mula bertanyakan pelbagai soalan. Dipendekkan cerita, menurut sumber, pakcik tersebut datang dari Ijok, Selama, Perak dan kemudian ke Jitra dengan menaiki bas untuk berjumpa dengan kakaknya.

Sumber: Facebook

Namun nasib tidak menyebelahi pakcik ini. Sampai sahaja di rumah kakaknya, dia diberitahu jiran bahawa kakaknya sudah pun berpindah ke Kuala Lumpur sejak lapan tahun lepas. Ya Tuhan, mesti sedih pakcik ni….



Aku tak tahu macam mana perasaan dia masa itu dan aku tak tahu dia ini tidur di mana.” 

Oleh itu, pakcik ini bercadang untuk pulang semula ke Ijok. Dia telah menaiki bas dari Jitra ke Alor Setar. Namun dari Alor Setar dia terpaksa berjalan kaki sehinggalah ke Pendang kerana wangnya sudah kehabisan.

Menurut sumber, pakcik tersebut ingin membawa kakaknya pulang ke Ijok kerana ingin menemukannya dengan ayah kandung mereka yang sedang terlantar sakit tenat. Tambahnya lagi, sudah lapan tahun kakaknya itu tidak pulang menziarah.

“Mungkin ada krisis keluarga, aku malas nak tanya lebih-lebih. Aku ada minta gambar kakaknya tapi dia tak bawa pula. Emm, tak apalah.” 

“Aku hantar dia setakat mana yang boleh. Aku turunkan brader ni depan Hospital Seberang Jaya. Aku hulurkan sedikit wang untuk tambang balik ke Ijok, Selama, Perak.”

Sumber: Facebook

“Moga beliau selamat sampai dan jika kakak dia atau rakan ada membaca post ini, cepatlah pulang sebelum terlewat. Ayahmu sedang menanti,” tambah sumber.



Perkongsian yang telah mendapat 12k likes ini telah menarik perhatian beberapa netizen terutamanya ahli keluarga pakcik ini sendiri yang mendakwa sedang mencari lelaki tersebut.

Pengguna Facebook bernama Nor Aliza telah meminta orang ramai yang mengenali lelaki bernama Bokri bin Mat Isa ini untuk menghubunginya kerana sudah lama dia mencari abang iparnya itu.

Sumber: Facebook

Malah menurut Nor Aliza juga, alamat yang tertera di kad pengenalan lelaki itu merupakan alamat lama. Malah lelaki itu juga kini hidup bergelandangan selepas bercerai dengan isterinya.

Sumber: Facebook

Namun ada juga di antara netizen yang mendedahkan, Nor Aliza sudah mendapatkan nombor telefon Bokri. Namun apabila mereka cuba menghubunginya, lelaki tersebut tidak memberi sebarang respon.

Sumber: Facebook

Macam ada krisis keluarga je ni…

Malah ada juga di antara netizen yang mengaku pernah bertemu dengan pakcik tersebut sebelum ini.

Sumber: Facebook

Apa-apa pun didoakan semoga keluarga pakcik ini bertemu semula dengannya dan semuanya baik-baik sahaja.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Jikalau ada salah dan silap, bermaaf-maafanlah. 

Baca: Gadis Didatangi Seorang Wanita Untuk Meminjam Powerbank Namun Rupa-rupanya Wanita Itu…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!