in

Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf Selepas Membunuh Tukang Cuci di Rumah Sendiri

Mental Bunuh Tukang Cuci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal dan maut di tangan Tuhan. Siapa sangka niat seorang wanita untuk mencari duit lebih dengan menjadi tukang cuci bertukar menjadi tragedi apabila dia telah dibunuh dengan kejam.


Menurut Berita Harian, seorang wanita warga Indonesia yang berusia 40-an telah dibunuh oleh lelaki yang juga anak kepada majikannya dekat Kampung Tersusun Tasek, Ipoh.

Bunuh Mental
sumber: bh

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang, mangsa yang bekerja secara sambilan telah dipanggil oleh keluarga suspek untuk mencuci rumah mereka. Namun, atas motif yang tidak diketahui, suspek dengan kejamnya telah menetak pada bahagian muka serta belakang kepala mangsa.

Lebih aneh lagi, suspek tidak menyembunyikan jenayah yang dilakukannya malah terus ke balai polis dan memohon maaf atas perbuatannya terhadap wanita tersebut.

Susulan dari pengakuan suspek, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menemukan mayat mangsa di antara kawasan ruang tamu dan bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap. Mereka juga telah menemui tiga jari dari kedua-dua tangan mangsa yang didapati putus. Alahaiii…

Bunuh Projek
sumber: mmo

Manakala parang yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa pula ditemui di kawasan luar rumah.

Menurut hasil siasatan polis, keluarga suspek memaklumkan bahawa suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu mempunyai sejarah penyakit mental.

Walau bagaimanapun, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan bakal mendapatkan keterangan lanjut dari doktor serta laporan kesihatan suspek. Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Makin ramai orang zaman sekarang menghidap penyakit mental. Jauhi diri dari tekanan yang melampau dan kalau ada masalah, jangan segan untuk bertemu dengan doktor. 

Baca: Keluarga Mohon Maaf Lelaki Punyai Masalah Kesihatan Mental Cuba Rogol Wanita di Tandas Shell

Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.