in

Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka….

Page1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bercinta. Pasangan kekasih yang sudah menyulam cinta bertahun-tahun pasti tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga dan hidup bersama. Inilah juga diharapkan oleh sepasang kekasih dari Taiwan yang tidak sabar menanti tahun 2018 untuk melangsungkan perkahwinan mereka.


Malang tidak berbau, rancangan mereka untuk berkahwin tergendela kerana teman lelaki wanita tersebut terlibat dalam kemalangan sebelum berakhirnya tahun 2017. Lebih menyedihkan, doktor memaklumkan bahawa rawatan yang bakal diterima lelaki tersebut mungkin memerlukan anggota badan dipotong dan boleh menyebabkannya menjadi kudung.

Hos5
sumber: nextshark

Menurut Nextshark, keadaan ini berkemungkinan besar akan membebankan pasangannya sekiranya mereka berkahwin. Oleh sebab itu, lelaki tersebut memutuskan hubungan dengan teman wanitanya supaya kekasihnya tidak perlu bersusah payah menjaganya pada masa akan datang.

Pun begitu, wanita dari New Taipey City tersebut tidak berputus asa sebaliknya nekad untuk melamar teman lelakinya walaupun dia sedar bahawa lelaki itu mungkin akan menjadi kudung selepas menerima rawatan.

Hospital Proposal1
sumber: nextshark
Hos4
sumber: nextshark

Setelah membuat persediaan rapi untuk melamar teman lelakinya, wanita itu tiba di hospital lengkap memakai gaun pengantin yang cantik sambil memegang sejambak bunga. Diiringi oleh beberapa individu yang membantunya menjayakan upacara lamaran tersebut, wanita itu masuk ke wad di mana lelaki berkenaan ditempatkan dan terus melamarnya.

“Kalau awak sudi menerima saya sebagai isteri, boleh awak terima bunga ni?” kata wanita tersebut kepada teman lelakinya yang terbaring di atas katil hospital.

“Saya sanggup buat apa saja supaya jadi lebih baik dan akan bersama awak seluruh hidup saya,” kata lelaki tersebut menerima lamaran teman wanitanya.

Hos3
sumber: nextshark

Ini baru namanya cinta sejati. Semoga mereka berdua kekal bahagia!

Baca: “Ada yang suruh saya bercerai” – Demi Cinta, Wanita Setia Bersama Suami Meskipun Ditimpa Penyakit Serius

Wanita 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.