in

Lelaki Pura-pura Pengsan dan Lupa Identiti Diri Untuk Dapat Wang dan Makanan Percuma

Faint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita lihat di kotaraya ramai pengemis meminta simpati dengan menunjukkan keadaan fizikal mereka yang cacat, tidak berdaya dan sebagainya terutamanya di bazar atau pasar malam.


Tetapi berbeza dengan seorang lelaki ini yang menggunakan taktik lain untuk meminta simpati orang ramai. Menurut World of Buzz, baru-baru ini seorang lelaki dalam usia lingkungan 20-an menjadi terkenal di media sosial kerana kemahiran uniknya, iaitu pengsan.

Lelaki muda itu dikatakan akan pengsan dengan tiba-tiba di mana-mana lokasi untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang. Dia kemudian akan mempersembahkan bakat terpendamnya dan berlakon seolah-olah tidak boleh mengingati nama dan tempat tinggal.

Tidak hairanlah dia sering melakukan taktik itu di mana-mana kerana rupa-rupanya ianya berhasil. Sesetengah netizen tertipu dengan helah lelaki berkenaan, malah ada yang turut menyebarkan kisah ‘sedihnya’ itu di Facebook untuk membantu mencari ahli keluarganya. Seorang netizen menulis,

Ahli keluarga siapa ini? Saya nampak dia pengsan di stesen minyak BHP di Kepong. Kejadian berlaku jam 10.30 malam pada 1 Disember 2016. Katanya dia dari Tanjung Malim. Dia tiada IC atau wang.”

Pengsan
sumber: world of buzz
Pengsan0
sumber: world of buzz

Modus operandi lelaki tersebut kemudian tersebar di Facebook dan netizen yang sudah sedar dengan permainannya memberi respon.

“Wow, dia masih pengsan sehingga hari ini. Tahun lepas dia pengsan sebanyak tiga kali di hadapan saya ketika saya sedang membeli hamburger. Dia kini sudah ada pemahaman yang lebih mendalam tentang seni pengsan. Keep it up!” perli seorang netizen.

“Dia memang seorang yang sudah biasa menipu. Mula-mula dia akan pura-pura pengsan, kemudian lupa namanya selepas sedar dan dia tidak akan pernah bawa kad pengenalan bersamanya. Selepas anda belikan makanan untuknya, tiba-tiba dia akan ingat nama dan tempat tinggal. Kemudian dia akan minta RM20 untuk menaiki teksi pulang ke rumah. Tapi anda pasti akan jumpa lelaki ini di cybercafe selepas diberikan wang,” komen seorang netizen yang pernah menjadi mangsa penipuannya.

Ini adalah kompilasi cerita pengsannya yang dikongsi netizen di media sosial.

1. Stesen Minyak BHP di Lebuhraya Kesas

Pengsan1
sumber: world of buzz

 

2. Taipan, Subang

Pengsan2
sumber: world of buzz

 

3. Bukit Tinggi 2

Pengsan3
sumber: world of buzz

 

4. Taiping, Perak

Pengsan4
sumber: world of buzz

 

5. Stesen BRT, hadapan Universiti Monash

Pengsan5
sumber: world of buzz

Terbaru, dia dilihat sedang pura-pura pengsan di Prangin Mall, Pulau Pinang. Hashtag #VisitMalaysia

Pengsan6
sumber: facebook
Pengsan7
sumber: facebook

Netizen membuat lawak dengan mengatakan dia ke sana untuk melawat Lim Guan Eng dan memujinya kerana pengsan dalam keadaan yang helok, dengan tangan cantik terletak di atas badan. Eh, dia malah dilihat membuka matanya sedikit ketika beberapa orang sedang mengambil gambarnya. Kantoi busuk je!

Pengsan8
sumber: facebook

Apa-apa pun, diharap lelaki ini akan berhenti ‘pengsan’ dan mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai. Pergi jela kelas lakonan, siapa tahu boleh jadi pelakon kan sebab nampak gayanya macam berbakat sangat ni…

Baca: Lelaki Buta Berdiri Tengah Jalan Halang Laluan Trafik, Tidak Mahu Berganjak Selagi Tidak Dapat Duit

Buta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.