in

Lelaki Pukul, Rakam Video Isteri Bogel Dan Ugut Kerana Cemburu

Page1

Nota: Gambar di atas adalah hanya untuk tujuan ilustrasi

Setiap orang tidak dapat elak daripada perasaan cemburu apatah lagi terhadap orang yang kita sayangi. Namun, sifat cemburu itu bukanlah satu tiket untuk kita bertindak kasar terhadap seseorang.

Seorang lelaki didakwa mengasari isterinya akibat cemburu kerana wanita itu makan dengan bekas guru sekolah. Difahamkan, wanita itu dikasari di dalam dua kejadian berbeza.

Pada 8 Februari lalu, kira-kira jam 3.30 petang, ketika sedang makan bersama bekas guru sekolah tersebut, mangsa yang berusia 28 tahun diserang suaminya di sebuah kedai makan terletak di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Tidak dapat menahan kesabarannya, suspek yang berusia 29 tahun itu didakwa mengasari mangsa ketika mereka berada di dalam kereta selepas itu. Mangsa mendakwa ditampar beberapa kali, rambut ditarik selain dipukul di bahagian belakang badan oleh suspek.

Dera
gambar hiasan

Menurut sumber, dalam satu kejadian berasingan, mangsa turut dipaksa bogel ketika berada di rumah di Marang. Lebih teruk lagi, gambar dan video mangsa diambil dan suspek mengugut untuk menyebarkannya.

Selepas berbuat demikian, suspek kemudian mengambil dokumen penting milik mangsa seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank serta barangan kemas sebelum melarikan diri meninggalkan mangsa yang cedera.

Akibat dikasari suaminya itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan antaranya bengkak di bahagian pipi, lebam di tangan serta sakit dan lebam di bahagian belakang anggota badan.

Menyesal dengan tindakan yang dilakukan, beberapa hari selepas meninggalkan mangsa iaitu pada 16 Februari lalu, suspek mengganggu mangsa di tempat kerja dengan alasan mahu berbincang. Baru nak menyesal eh!

Laporan polis dilaporkan telah dibuat dan mangsa telah merujuk ke mahkamah syariah berkenaan kes ini.