Lelaki Pukul Jiran Dengan Rotan Jumpa Mangsa Untuk Mohon Maaf dan Serah Diri Pada Polis

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dua minggu lalu tular di media sosial video seorang lelaki warga emas dipukul jirannya di Klang berulang kali dengan rotan gara-gara dimarahi ketika cuba meredakan pertengkaran antara mangsa dan isterinya.

Sumber: WOB

Mangsa, Khor Meng Heon, 52, kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang pada 9 September lalu. Difahamkan, lelaki itu memarahi jirannya yang datang ke rumah dan campur tangan ketika dia bertengkar dengan isterinya kira-kira jam 3.30 petang pada 6 September.

Warga emas itu yang dipukul dengan rotan bersaiz besar mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelah kanan, paha kiri, punggung dan betis kanan. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.



Sumber: WOB
Sumber: WOB

Terbaru, suspek bersama lelaki yang merakamkan insiden itu dilaporkan telah menyerah diri kepada pihak polis. Baguslah macam tu.

Menurut mStar, kedua-dua lelaki yang berusia 38 dan 39 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Kapar dengan bantuan Pengasas Komuniti Kepolisian Malaysia, Kuan Chee Heng kira-kira jam 2 petang semalam.

Kuan malah turut menemani mereka berdua bertemu dan meminta maaf dengan mangsa pada malam Ahad dan mangsa dikatakan telah pun memaafkan mereka.

Sumber: mStar

Insiden itu dikatakan berpunca daripada salah faham yang tercetus akibat perang mulut sehingga berlakunya adegan memukul menggunakan rotan.

“Dua lelaki itu tidak pernah cuba melarikan diri, sebaliknya mereka menghubungi saya untuk meminta bantuan. Namun, mencederakan seseorang merupakan satu jenayah dan mereka bersetuju untuk menyerah diri,” kata Kuan Cheng.



Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, kedua-dua lelaki tersebut kini berada di bawah tahanan polis.

“Kami belum mengambil sebarang bukti berkaitan kes itu dan kedua-dua suspek akan direman pada Selasa (hari ini).”

Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya dan Seksyen 448 kerana melakukan seksaan bagi pencerobohan rumah.

Baguslah tindakan mereka berjumpa mangsa dan mohon maaf serta menyerah diri. Tak ramai akan buat macam ni..

Baca: Keluarga Mohon Maaf Lelaki Punyai Masalah Kesihatan Mental Cuba Rogol Wanita di Tandas Shell



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!