in

Lelaki Psiko Tidak Boleh Terima Kenyataan Ditinggalkan, Hentak Kepala Teman Wanita Dengan Bata

Ftd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Krisis dan pertelingkahan adalah perkara biasa yang berlaku dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, seorang lelaki berusia 53 tahun ini telah bertindak di luar kawalan apabila dia mencederakan teman wanitanya menggunakan benda tajam kerana mahu memutuskan hubungan!


Menurut AsiaOne, dalam kejadian yang berlaku di Bedok North Housing, Singapura, lelaki yang dikenali sebagai Lim Kok Beng telah cuba memujuk teman wanitanya supaya mereka kembali bersama demi hubungan yang telah dibina selama 18 tahun. Lamanya….

Sebulan sebelum kejadian berlaku, teman wanita Lim, Liaw Bih Jiuan, 43, sudah menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dan berpindah keluar dari flat kediaman mereka bersama. Lim tinggal di rumah itu dengan ibunya dan Liaw. Wanita itu dikatakan sekali lagi memberitahu niatnya untuk berpisah pada 4 Jun lalu.

2
gambar hiasan

Pada hari kejadian berlaku, Lim tiba-tiba keluar dari biliknya jam 5 pagi dengan tujuan kononnya mahu menjenguk si ibu. Namun sejurus selepas itu, lelaki tersebut masuk semula ke dalam kamar dan mengunci pintu untuk mengajak Liaw berbincang.

Walau bagaimanapun, Liaw tidak mengendahkan teman lelakinya dan sewaktu dia cuba keluar daripada bilik itu, Lim telah mencekiknya! Demi mempertahankan diri, Liaw cuba menendang dan menjerit meminta tolong sewaktu bergelut dengan Lim. Tak pasal-pasal dari nak berbincang jadi bertumbuk pula.

Ibu Lim yang berada di luar bilik cuba untuk membuka pintu yang terkunci setelah mendengar bunyi bising dari bilik anaknya dan teman wanita. Namun akhirnya Liaw berjaya melarikan diri sewaktu Lim menyekat ibunya dari memasuki bilik tersebut.

3
gambar hiasan

Berang dengan tindakan Lim, Liaw telah menghubungi rakannya untuk mengambil dia di rumah. Namun Lim tidak mudah melepaskan Liaw dengan begitu sahaja. Dia bermain helah dengan merayu kepada Liaw untuk tidak menelefon polis sambil mengambil alat pembuka surat dan meletakkannya dalam poket. Gilalah! 

Ibu Lim cuba melihat apa yang disembunyikan anaknya dan mendapati ia adalah sebilah pisau. Dengar sahaja perkataan pisau, Liaw cuba larikan diri tetapi Lim meragut tangannya terlebih dahulu dan terus merayu supaya dia tidak meninggalkannya.

Lim kemudian menikam leher Liaw menggunakan alat pembuka surat itu tetapi Liaw berjaya merampas alat tersebut dan mematahkannya. Walaupun Liaw sudah berjaya membuang alat pembuka surat berkenaan, Lim tidak berputus asa dan menggunakan bata pula untuk menghentak kepala teman wanitanya itu sebanyak dua kali! Weh gila betul teman lelaki dia ni!

1 1
gambar hiasan

Liaw yang terjatuh setelah dihentak bata di kepala berjaya melarikan diri ke tingkat sembilan dan meminta bantuan jiran supaya menelefon polis. Liaw dimasukkan ke hospital dan akan dirawat di wad selama enam hari. Manakala Lim pula berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun dan denda kerana mencederakan teman wanitanya itu.

Jika ada pertelingkahan, cubalah berbincang dengan cara baik. Jangan sampai mencederakan orang yang kita sayangi.

Baca: Lelaki Terpengaruh Dengan Novel ‘Titian Cinta’ Dapat Ilham Bunuh Suami Teman Wanita

Titian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.