Lelaki Mohon Cerai Kerana Tidak Tahan Isteri Hanya Mandi Setahun Sekali

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sewaktu bercinta, ramai merasakan bahawa mereka sudah masak dengan perangai pasangan masing-masing. Baik atau buruk, semuanya diterima dengan hati terbuka kerana tugas pasangan adalah untuk saling melengkapi.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki di Taiwan yang merasakan bahawa dia sudah cukup kenal dengan perangai pasangannya namun terpaksa menceraikan wanita itu gara-gara tidak tahan dengan tabiat buruknya, lapor Nextshark.

Gambar hiasan

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Lin diceraikan oleh lelaki tersebut kerana tidak tahan dengan tabiat buruknya yang hanya mandi sekali dalam masa setahun! Selain itu, Lin juga didakwa memberus gigi atau membasuh rambutnya hanya ketika dia merasa perlu sahaja.



Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu membuat petisyen untuk menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan sikap wanita tersebut yang tidak menjaga kebersihan diri. Petisyen lelaki tersebut diluluskan oleh New Taipei City District setelah dia mendakwa mengalami penyeksaan psikologi gara-gara sikap pengotor Lin. Aduhai!

Sudah 13 tahun bersama, lelaki itu mengatakan bahawa dia tahu Lin hanya mandi sekali seminggu sewaktu mereka masih bercinta. Namun, perangainya bertambah buruk selepas mereka berkahwin dan Lin juga dikatakan turut menghalang mereka daripada mendapatkan zuriat kerana hanya melakukan hubungan seks sekali setahun.

Gambar hiasan

Menurutnya lagi, Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru di mana ianya mengambil masa selama tiga jam! Wanita itu juga seringkali mengunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya.

Dilarang bekerja oleh Lin sewaktu masih bersama, lelaki itu mendakwa dia dipaksa bergantung hidup kepada keluarga wanita tersebut untuk perbelanjaan harian. Lelaki itu akhirnya memutuskan untuk keluar dari rumah mereka dan mendapat kerja baru di Hsinchu.

Gambar hiasan

Lelaki tersebut langsung tidak menghubungi Lin selepas itu tetapi wanita berkenaan berjaya menjumpai tempat kerjanya yang baru dan memaksanya berhenti kerja selepas sebulan.Tidak tahan dengan kelakuan isterinya, lelaki itu nekad untuk memfailkan cerai.



Lin menentang penceraian tersebut dan mengatakan bahawa segala tuduhan suaminya tidak benar sama sekali. Setelah dua tahun berpisah, pihak mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan Lin dan suaminya tidak mungkin dapat dipulihkan lalu meluluskan penceraian si suami.

Aduhai! Boleh pulak dia tak mandi sampai setahun! Boleh tahan ke dengan bau diri sendiri?

NOTA: Gambar di atas hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Wanita Minta Diceraikan Kerana Serik Suami Tak Benarkan Buat Kerja Rumah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.