in

Lelaki Menahan Perit Berdiri Bawah Panas Terik Matahari di Shah Alam Demi Mencari Pekerjaan

Pakcik Kadbod0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang melalui kesukaran masing-masing ketika mencari pekerjaan di Lembah Klang, namun bagi seorang lelaki ini dia sangat memerlukan pekerjaan sehingga sanggup berdiri di bawah panas terik matahari.


Cerita dikongsikan seorang wartawan, Syafiqah Damanhuri ini berjaya menarik perhatian netizen yang kasihan dengan nasib lelaki itu.

Menurutnya, dia berada di sekitar Seksyen 7, Shah Alam sebelum tiba-tiba ternampak lelaki yang sedang berdiri di sebuah persimpangan lampu isyarat sambil memegang kadbod.

“Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang kadbod!”

Pakcik Kadbod3
sumber: facebook

Pada ketika itu mulalah membuak rasa ingin tahu dalam diri seorang wartawan ini dan tidak sampai hati untuk tidak mempedulikannya lalu Syafiqah memberhentikan kereta.

Dia kemudian bertanya tentang apa yang berlaku kepada lelaki tersebut dan ternyata rupa-rupanya lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Romdon ini sedang mencari pekerjaan. Romdon mempunyai pengalaman sebagai pemandu serta pakar seni mempertahankan diri jadi menurutnya dia pasti akan mengutamakan keselamatan majikan.

Pakcik Kadbod1
sumber: twitter
Pakcik Kadbod2
sumber: facebook

Menurut Romdon yang berasal dari Sabak Bernam itu, dia bekerja di sebuah kilang namun pihak pengurusan dikatakan bakal mengecilkan operasi menyebabkan ramai pekerja yang akan dibuang.

Pakcik Romdon yang berusia 45 tahun itu sedang berusaha mencari pekerjaan sebagai jaminan jika dia menjadi salah seorang pekerja yang akan dibuang nanti kerana mempunyai dua anak yang masih memerlukan bapa untuk menanggung perbelanjaan mereka.

Syafiqah mengakhiri perkongsiannya dengan memohon orang ramai untuk share status itu supaya sesiapa yang mempunyai kerja kosong untuk ditawarkan boleh terus hubungi pakcik Romdon.

Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata melahirkan rasa simpati dan berkongsi tentang kerja kosong untuk dimohon oleh pakcik Romdon.

Offer2
sumber: facebook
Offer3
sumber: facebook

Tidak lupa juga yang mengingatkan orang ramai supaya tidak lupa akan jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa apabila sudah dewasa kelak.

Nasihat1
sumber: facebook

Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik.

Baca: Warga Emas Berusia 70 Tahun Hidup Sebatang Kara Terpaksa Gagahkan Diri Mencari Rezeki

Makcik Latifah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.