in

Lelaki Maut Terjatuh Jambatan Selepas Terlalu Gembira Lamaran Diterima Teman Wanita

Lamaran Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap individu pasti berasa gembira apabila lamaran diterima sang kekasih. Namun, akibat terlalu seronok lamarannya diterima, seorang lelaki dari Jepun mati dengan tragis beberapa saat selepas tersebut.


Menurut Malaysian Digest, lelaki berusia 32 tahun itu telah melamar teman wanitanya pada 4 Ogos lalu di Miyako, Okinawa.

Lamar
gambar hiasan

Ketika sedang menaiki kereta, lelaki tersebut meminta teman wanitanya yang sedang memandu untuk memberhentikan kenderaan di tepi jambatan yang menghubungkan Miyako dan Pulau Irabu.

Mereka kemudian dikatakan berjalan-jalan di sepanjang di jambatan itu untuk menikmati pemandangan laut dan ketika itulah lelaki tersebut memberi kejutan dengan mengeluarkan cincin untuk melamar kekasihnya.

Lamar Jatuh2
sumber: disp. Cc

Wanita itu dengan senang hati menerima lamaran menyebabkan lelaki berkenaan berasa terlalu gembira sehinggakan dia terlupa di mana dia sedang berdiri. Disebabkan itu, dia telah tergelincir dan terjatuh 100 kaki ke dalam laut. 

Menurut World of Buzz, lelaki itu dipercayai berdiri di bahagian luar penghadang jambatan, di mana ianya hanya satu meter lebar.

Lamar Jatuh1
sumber: hk01

Ruang itu merupakan kegunaan penyelenggara dan tidak boleh dimasuki orang awam sesuka hati. Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan itu pada jam 4 pagi selepas teman wanita mangsa membuat laporan polis.

Selepas mendapatkan bantuan penyelam, lelaki itu berjaya dijumpai sedalam 18 meter dan disahkan mati ketika dibawa naik ke darat. Rupa-rupanya, mangsa telah meminum alkohol sebelum tragedi malang itu berlaku.

Lamar Jatuh3
sumber: setn

Malang tidak berbau, kalau nak buat sesuatu lain dari yang lain sekali pun, pastikan anda utamakan keselamatan.

Baca: Lelaki Campak Wanita Jatuh Dari Tingkat 19 Selepas Kecewa Cintanya Ditolak

Man Throws His Crush Off 19Th Floor Balcony When He Finds Out She Hated Him World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.