in

Lelaki Maut Selepas Separuh Badan Hancur Tersepit di Antara Platform dan Keretapi Bergerak

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Maut Selepas Separuh Badan Hancur Tersepit di Antara Platform dan Keretapi Bergerak
Loading
/

Pada Ahad lalu, 26 Mac 2017, orang awam yang berada di sebuah stesen keretapi di Nanjing, China dikejutkan dengan satu insiden ngeri yang berlaku di depan mata mereka.


Seorang lelaki telah dilanggar keretapi ketika sedang melintas landasan, lapor Shanghaiist.

T3

Melalui satu rakaman video, seorang lelaki dilihat sedang berjalan di landasan kereta api untuk melintas ke platform seberang sebelum menyedari sebuah keretapi laju sedang menuju ke arahnya dan cuba untuk lari hingga ke hujung.

Namun, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak sempat untuk naik menyebabkan separuh badannya dari pinggang hingga ke kaki dilanggar dan tersepit di antara keretapi yang bergerak itu dan platform berkenaan.

T1

T2

Perkhidmatan kecemasan kemudian dihubungi dan tiba di lokasi kejadian serta merta. Penyelamat menggunakan gerudi tukul untuk menggerudi bahagian platform sebagai usaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun semuanya ternyata sudah terlambat.

Di dalam video itu, lelaki berkenaan pada mulanya dapat dilihat masih hidup namun sudah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Penyelamat turut kedengaran memberitahu mangsa untuk terus berjaga dan bernafas supaya lelaki itu terus sedar.

T4

Malangnya, nyawa lelaki itu tidak dapat diselamatkan dan pasukan penyelamat terus menutup mukanya menggunakan tuala. Dia disahkan meninggal dunia oleh doktor yang turut berada di tempat kejadian.

Orang ramai masih tertanya-tanya bagaimana lelaki itu, terperangkap di antara platform dan landasan tersebut. Malah, seorang saksi mendakwa ternampak lelaki itu melintas dari satu platform ke satu platform yang lain. Seorang lagi saksi pula berkata lelaki itu mungkin menyedari dia berada di platform yang salah sebelum tukar ke platform yang sepatutnya dengan melintasi landasan berkenaan.

Apa-apa pun, jangan pernah melintas di landasan tau!

Tonton video insiden ngeri itu di bawah ini:

Nota: Kandungan video ini mungkin menakutkan atau mengerikan buat anda.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.