Lelaki Lumpuh Kerana Baring Sambil Main Telefon 3 Jam SETIAP HARI

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dengan perkembangan teknologi yang semakin meningkat di negara kita, ramai yang bergantung kepada gadget seperti telefon bimbit untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Kemudahan teknologi ini menyebabkan manusia semakin leka dengan telefon bimbit. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang leka dengan telefon bimbitnya sehingga memudaratkan kesihatan diri.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dari China telah dimasukkan ke hospital akibat lumpuh yang disebabkan oleh masalah leher. Lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Wang itu rupa-rupanya mempunyai satu tabiat yang mungkin dimiliki oleh kebanyakan individu yang memiliki telefon bimbit.

Gambar hiasan

Setelah seharian penat bekerja, Wang akan berbaring di atas katil setibanya di rumah sambil bermain dengan telefon bimbit hingga hampir tiga jam setiap hari. Mungkin ramai yang merasakan bahawa ini adalah perlakuan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, nasib tidak menyebelahi Wang apabila badannya tiba-tiba menjadi lumpuh!



Wang tidak dapat merasa anggota badannya dari paras dada ke bawah dan dia tidak dapat mengawal pergerakan badan. Mujurlah Wang pada waktu itu sedang menjalani pemeriksaan di hospital, jadi dia dapat diberikan rawatan segera oleh doktor yang bertugas di situ.

Sumber: Apple Daily

Selepas pembedahan kecemasan dijalankan, doktor memberitahu bahawa Wang sebenarnya menghidap cervical spondylosis atau penyakit tulang leher. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh golongan tua kerana faktor proses penuaan tulang.

Walaupun ia adalah sejenis penyakit yang biasa ditemui dalam kalangan warga emas, keadaan Wang lebih teruk kerana kehendak pekerjaan yang memerlukan dia sentiasa tunjuk dan membengkokkan leher. Tambah-tambah pula dia mempunyai tabiat untuk tunduk dan bermain dengan telefon bimbitnya sampai berjam-jam!

Sumber: Apple Daily

Doktor menyatakan bahawa Wang sebenarnya telah mengalami kesakitan dan berasa tidak selesa pada lehernya selama beberapa ketika menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan dan berdiri. Pun begitu, dia menangguhkan pemeriksaannya sehingga beberapa hari lepas sewaktu dia tiba-tiba mengalami lumpuh separuh badan.

Setelah menjalani pembedahan kecemasan tersebut, Wang kini semakin sembuh daripada lumpuh yang menyerangnya secara tiba-tiba itu. Namun, doktor tidak pasti jika badannya akan sembuh sepenuhnya selepas insiden malang itu.



Jangan terlalu leka bermain telefon bimbit dan cubalah untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan bagi mengelakkan terjadinya kejadian seperti ini! 

Baca: Bayi Meninggal Tercekik Susu Kerana Bapa Leka Main Game Telefon Bimbit

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.