in

Lelaki Letak Bom Buatan Sendiri Dalam Kereta Bekas Kekasih Kerana Hubungan Diputuskan

Bg 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar bahagian kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Hubungan percintaan antara dua insan haruslah dipenuhi dengan kasih sayang dan juga kepercayaan. Tanpanya, mana mungkin hubungan itu akan kekal berpanjangan.

Tetapi realitinya tidak semua hubungan dapat berkekalan dan terpaksa berpisah juga kalau dah bukan jodoh. Namun ada juga jenis yang tak boleh move on malah berdendam terhadap pasangannya itu!

1 9
gambar hiasan

Pada jam 10 malam kelmarin, seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat sedang memandu pulang ke rumah dari tempat kerjanya apabila dia terdengar bunyi pelik berdekatan kenderaannya.

Dia telah mendengar bunyi ‘bip’ yang tidak henti-henti dari keretanya sepanjang perjalanan dan mula berasa risau akan keselamatannya.

Tanpa berfikir panjang, wanita itu terus ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar yang hanya beberapa minit saja dari situ untuk memeriksa kenderaannya.

2 14
gambar hiasan

Setelah bapa saudaranya memeriksa kenderaan tesebut, dia telah menjumpai objek yang mencurigakan di bahagian bumper kereta. Apabila dilihat secara dekat, objek tersebut kelihatan seperti sebuah bom. Scary weh!

Mereka segera menghubungi pihak polis dan sebuah unit pelupusan bom terus dihantar ke tempat kejadian untuk menangani kes tersebut.

3 8
sumber : the sun

Setelah membuat siasatan lanjut, memang benar objek yang telah dijumpai itu merupakan sebuah bom buatan sendiri jenis IED.

Mereka segera melupuskan bom tersebut pada pukul 2.30 pagi semalam dengan menggunakan robot Teodor di kawasan lapang bersebelahan dengan balai polis.

Menurut The Sun, letupan bom tersebut tidak akan membawa maut tetapi ia masih sangat merbahaya.

19748865 1578681102184212 3935385378564597893 N E1499657988185
sumber : facebook

Bom itu dipercayai telah ditanam semasa kereta itu berada di tempat letak kenderaan ketika wanita itu sedang bekerja kerana dia tidak mengalihkan kenderaannya sehingga waktu bekerja sudah habis. 

Polis masih menyiasat perkara tersebut tetapi mangsa mengesyaki bahawa bom itu telah ditanam oleh bekas kekasihnya yang berumur 31 tahun.

Lelaki itu dikatakan tidak dapat menerima kenyataan dan menyimpan dendam terhadap wanita tersebut setelah mereka berpisah.

19732037 1578680948850894 4057863163980452807 N 1
sumber : facebook

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga ada meminta bayaran ganti rugi akibat perpisahan tersebut tetapi permintaannya tidak dilayan. Bekas kekasihnya terus mengganggu jururawat itu sehingga dia membuat laporan polis sebanyak LIMA kali mengenai gangguan tersebut. Psycho betul!

Mereka telah bercinta selama tujuh tahun tetapi wanita tersebut telah mengakhiri hubungan mereka baru-baru ini atas sebab yang tersendiri.

Rupa-rupanya, lelaki itu mempunyai perempuan simpanan lain dan berkelakuan tidak setia dalam hubungan tersebut. Memang patut pun kena tinggal!

Perempuan kat luar sana tu hati-hatilah bila pilih pasangan ye, kalau tak kita yang padah nanti!

Baca : Lelaki Belasah Teman Wanita Hingga Maut Kerana Sangka Wanita Itu Curang

1 16 E1499656727139

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.