Lelaki Kurang Siuman Redah Api Hingga Melecur Separuh Badan Demi Selamatkan al-Quran

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Meskipun keadaan mentalnya tidak seperti orang lain, namun lelaki ini sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan sebuah al-Quran yang menjadi panduan hidup setiap insan yang beragama Islam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi, mangsa, Daud Ibrahim dikatakan nekad terjun dari rumahnya yang sudah marak dengan api selepas seluruh badannya melecur dalam kebakaran di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Sumber: Facebook

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Sharizal Samsudin, 38, pada ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghantar anaknya ke sekolah sebelum dia mula tercium bau asap yang datang dari rumah mangsa.



“Pada mulanya kami mencium bau asap tetapi tidak menyangka apa-apa kerana dia (mangsa) sering membakar bekas kulit telur untuk menghalau nyamuk.

“Namun lama-kelamaan bau asap semakin kuat dan apabila saya menjenguk keluar api sedang marak di bahagian dapur rumah,” katanya.

Sumber: Facebook

Mangsa kemudian dilihat meluru keluar dari rumah namun selepas beberapa ketika masuk semula ke dalam rumah tersebut yang sedang terbakar teruk. Alahai! 

“Saya terkejut melihat dia lari masuk semula dan ketika itu api sudah semakin kuat dan sampai bahagian hadapan rumah berkenaan.”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Tidak lama kemudian saya melihat dia terjun dari tingkap atas ke bawah dengan keadaan badanya separuh sudah terbakar dan kemudian terbaring di bawah rumah,” katanya lagi.



Namun belum sempat Mohd Sharizal membantu mangsa, Daud sendiri menggagahkan diri untuk bangun sambil memegang beg yang diselamatkannya dan duduk di tepi jalan berhadapan rumah tersebut.

Difahamkan di dalam beg tersebutlah berisi al-Quran dan beberapa buku lain seperti Surah Yaasin dan Al-Mathurat.

Sumber: Facebook

Pun begitu mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Selekoh oleh salah seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad.

Sumber: Facebook

Menurut Mohd Sharizal, rumah yang terbakar tersebut merupakan rumah peninggalan nenek mangsa yang tidak berpenghuni dan mangsa sebelum ini memang mempunyai masalah gangguan mental.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kasihan! Semoga mangsa cepat sembuh dari kecederaan tersebut…



Baca: Lelaki Gadai Nyawa Masuk Kedai Terbakar Demi Bantu Padamkan Api Kebakaran

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!