Lelaki Kumpul Wang Kertas Setiap Hari, Beli Kereta Untuk Isteri 6 Tahun Kemudian

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Meskipun bukan dari keluarga yang kaya raya atau mempunyai kerjaya yang hebat, perkara itu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seorang suami menghargai isteri mereka. Seperti lelaki budiman ini yang mengumpulkan wang kertas bertahun-tahun lamanya untuk menghadiahkan isterinya sebuah kereta.

Menurut AsiaOne, lelaki budiman dari Sichuan, China itu menggunakan cara yang unik untuk membuktikan cintanya terhadap isteri. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu dikatakan telah melipat dua wang kertas menjadi bentuk hati setiap hari untuk menunjukkan kesetiaannya kepada isteri.

Sumber: AsiaOne
Sumber: AsiaOne

Difahamkan, lelaki itu menggunakan dua wang kertas setiap hari iaitu bernilai 1 dan 10 yuan yang dilipatkan menjadi origami berbentuk hati.



Selepas selama 6 tahun, lelaki itu baru-baru ini telah menggunakan wang berbentuk hati yang terkumpul sebanyak 20,000 Yuan itu dan menghadiahkan isterinya sebuah kereta baru!

Sumber: AsiaOne

Lelaki itu ketika ditemuramah memberitahu wartawan bahawa pada asalnya dia berniat untuk melipat wang kertas menjadi bentuk hati selama 20 tahun. Namun, menyedari nota wang kertas tersebut menjadi pudar, dia membuat keputusan untuk memanfaatkan jumlah yang sempat disimpan.

Ketika tiba di bilik pameran kereta, jurujual wanita terkejut apabila pasangan itu datang dengan sebuah bagasi yang dipenuhi dengan wang kertas tersebut untuk digunakan membayar kereta yang mahu dibeli.

Sumber: AsiaOne
Sumber: AsiaOne

Malah, pekerja di sana mengambil masa yang agak lama untuk membuka lipatan dan mengira jumlah wang yang terkumpul untuk urusan jual beli kenderaan tersebut. Lelaki itu dikatakan membayar jumlah yang selebihnya menggunakan kad kredit sebelum membawa pulang kereta berwarna merah itu.

Sumber: AsiaOne
Sumber: AsiaOne

Video tentang kisah pasangan itu dikatakan tular di internet dan rata-rata wanita terpesona dan kagum dengan cara lelaki itu membuktikan cintanya terhadap isteri.



Untung wanita tu dapat suami yang menghargai macam ni. Moga-moga ramai lelaki di Malaysia macam ni. Hehe

Baca: Suami Guna Taktik Cari Harta Karun Untuk Beri Kejutan Kepada Isteri, Hadiahkan iPhone 7

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!