Lelaki Kudung Dua Belah Tangan Tolak Jadi Pengemis, Sanggup Kerja di Tapak Pembinaan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ramai orang memilih cara mudah untuk mendapatkan kesenangan hidup. Contohnya ada segelintir manusia yang sampai sanggup mengemis demi mendapatkan wang segera. Namun, berbeza sekali dengan lelaki ini dari China yang sanggup bekerja keras untuk menyara keluarganya.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki 47 tahun bernama Loh berjaya membina sebuah rumah untuk keluarganya meskipun dia sebenarnya telah kehilangan kedua-dua belah tangan! Dengan keringat dan usaha luar biasa, rumah yang dibina oleh Loh pula bukan hanya setingkat tetapi dua tingkat! Wah dahsyatnya!

Sumber: Sinchew

Loh yang berkahwin 22 tahun lalu mempunyai perniagaan herba yang maju dan kehidupan yang bahagia. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Loh yang dilahirkan sempurna kehilangan kedua belah tangan sewaktu dia terlibat dalam kemalangan. Pun begitu, Loh bukan seorang yang cepat berputus asa dan tidak mahu memilih jalan senang dengan meminta sedekah.



“Saya dah terima bantuan kewangan daripada kerajaan atas kecacatan saya. Jika saya masih keluar mengemis dan meminta wang daripada orang ramai, kamu tak rasa saya akan memalukan keluarga saya ke?”

“Saya mungkin cacat, tapi saya lelaki yang sihat dan masih mampu bekerja untuk beri makan kepada keluarga saya dan menyara mereka.”

Sumber: Sinchew

Atas sebab itulah Loh membuat keputusan untuk mula bekerja di tapak pembinaan. Kerja di tapak pembinaan sudah cukup susah untuk mereka yang lengkap anggota badan, apatah lagi Loh yang tidak memiliki tangan yang sempurna. Walaupun cacat, Loh tidak mahu diberi layanan berbeza.

Tangan Loh pernah melecet kerana mengangkat bata dan bahan binaan, namun dia tidak menghiraukan nasihat rakan-rakan yang menyuruhnya mencari sesuatu yang lebih mudah untuk dibuat. Oleh sebab itu, Loh amat dikagumi oleh rakan-rakan sekerja.

Semoga kecekalan Loh menjadi contoh kepada kita semua!



Baca: Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.