in

Lelaki Kerja 12 Jam Sehari Selama 7 Tahun Berturut-turut Tapi Tidak Dibayar OT, Saman Bos dan Terima Pampasan RM450,000

Ot Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekerja dan dibayar dengan gaji yang berpatutan sememangnya disukai ramai apatah lagi zaman sekarang, kos sara hidup semakin meninggi. Semua orang memerlukan wang untuk survive dengan kehidupan seharian namun seorang lelaki dari Jepun ini sangat bekerja keras sehingga sanggup bekerja lebih masa setiap hari.


Menurut World of Buzz, lelaki berusia 31 tahun itu telah bekerja selama 12 jam sehari dan 6 kali seminggu sejak tujuh tahun yang lalu. Namun, dia tidak pernah mendapat bayaran OT dari majikannya! Lama tu 12 jam sehari…

Ot 1
sumber: chinapress

Lelaki itu dikatakan bekerja di sebuah kafe internet daripada tahun 2009 hingga 2016. Rutinnya setiap hari sama, masuk kerja jam 10 pagi sehingga jam 10 malam namun dia tidak menerima sebarang bayarang kerja lebih masa. 

Difahamkan, lelaki tersebut sama sekali tidak tahu bahawa dia berhak menerima bayaran lebih jika bekerja lebih masa. Jadi, dia membuat keputusan untuk memfailkan saman ke atas majikannya dan meminta pampasan sebanyak 25 juta Yen (Lebih kurang RM938,000) untuk jumlah yang tidak pernah dibayar.

Selepas fight di mahkamah, hakim mengarahkan syarikat tersebut untuk membayarnya 12 juta Yen (RM450,285) kerana menurut mereka syarikat berkenaan tidak menerangkan kepada lelaki itu tentang bayaran kerja lebih masa.

Rupa-rupanya, gaji lelaki itu terbahagi kepada dua iaitu separuh gaji pokok dan separuh lagi bayaran tetap untuk kerja lebih masa namun syarikat itu tidak memberitahunya tentang hal tersebut.

Ot 2
gambar hiasan

Hakim turut memberitahu bahawa dari tahun 2014 hingga 2016, kadar kerja lebih masa telah meningkat namun majikannya tidak berbuat apa-apa. Lelaki berkenaan bekerja extra 82 hingga 123 jam setiap bulan namun syarikat tersebut mengelak untuk menaikkan gajinya bagi lebihan jam itu.

Peguam yang mewakili lelaki itu berkata, “Perkara ini sudah biasa terjadi di mana syarikat akan cuba mengelak dan mengabaikan hal kenaikan gaji pekerja-pekerja mereka.”

Baik korang check kontrak kerja dan undang-undang buruh! Make sure anda tahu hak sebagai pekerja supaya tidak ditipu seperti lelaki ini.

Baca: Hak Undang-undang Yang Anda Perlu Ketahui Sebagai Seorang Pekerja di Malaysia

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.