in

Lelaki Kantoi Menipu Guna ‘Kisah Sedih’ Yang Sama Untuk Dapatkan Duit di KLIA2

Featured Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kantoi Menipu Guna 'Kisah Sedih' Yang Sama Untuk Dapatkan Duit di KLIA2
Loading
/

Sekarang ini, terlalu banyak taktik-taktik kreatif yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Mereka tidak kisah apa kesannya dan siapa mangsanya. Seperti perkongsian yang tular baru-baru ini, di mana lelaki ini kongsi pengalaman ditipu untuk mendapatkan duit di KLIA2.


Menurut WOB, seorang lelaki berusia 35 tahun, bekerja sebagai pengurus jualan pemasaran, telah berkongsikan pengalamannya apabila dia ditipu oleh dua orang lelaki berasal dari China, yang menyamar sebagai pelancong. Difahamkan mereka berdua mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang dan meminta pertolongan dari lelaki tersebut.

Tipu
sumber: wob

Pada waktu itu lelaki tersebut baru sahaja sampai di Kuala Lumpur dan sedang menunggu penerbangan seterusnya untuk ke Penang. Ketika itu lah dia dihampiri oleh dua orang lelaki berkenaan. Menurutnya, kejadian berlaku pada hari Selasa yang lepas kira-kira jam 5petang. Mereka mendakwa bahawa mereka tertipu dengan sebuah syarikat Taiwan yang mahu berjumpa di Malaysia, tetapi sekarang mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Shanghai.

Pada mulanya, mangsa mahu menolong mereka dengan menempah tiket penerbangan secara online, tetapi mereka mengatakan bahawa sudah ada rakan lain yang sedang menunggu di KLIA dan mereka hanya memerlukan RM680 untuk pulang.

Salah seorang daripada mereka turut menjadi ‘rakan’ mangsa melalui WeChat dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut setelah mereka sampai ke Shanghai.

Tipu 3
sumber: wob

Mangsa percaya pada mereka dan memberikan sejumlah wang. Tiga jam selepas kejadian itu, mangsa masih berada di situ untuk menunggu penerbangannya, tetapi tiba-tiba dihampiri oleh lelaki tersebut sekali lagi. Mereka tidak mengecam bahawa lelaki tersebut sudah menjadi ‘mangsa’ mereka, dan meminta sejumlah wang yang sama dengan menggunakan kisah sedih yang sama!

Mangsa sedar bahawa dia ditipu, maka dia mencari inisiatif untuk menangkap lelaki tersebut. Mangsa berpura-pura untuk menolong mereka dan dia berjaya mendapatkan gambar mereka untuk dijadikan sebagai bukti. Lalu dia menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Mereka cuba untuk melarikan diri tetapi salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap.

Tipu 2
sumber: wob

Menurut rakaman video yang disertakan, dapat dilihat bahawa mangsa telah mengambil pasport lelaki berkenaan dan sejumlah wang yang banyak hasil daripada penipuan mereka.

“Awak ambil kesempatan dengan kebaikan orang untuk buat jahat. Awak tak rasa bersalah ke? Ikutkan jadual penerbangan ni, sepatutnya awak pulang pada Februari tapi tadi awak cakap awak kena pulang sekarang”

Tipu 1
sumber: wob

“Tengok pasport awak, ada banyak setem dari negara yang berbeza, dan awak cakap awak tak ada duit?”

Rakaman video itu turut tular di media sosial, dan netizen rata-ratanya pernah ditipu oleh lelaki berkenaan.

Jadi baik pun susah! Harap jangan ada yang mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali ya!

Baca: Lelaki Perdaya Wanita Melalui WeChat, Ugut Sebar Gambar Bogel dan Tipu Lebih RM100,000

Pagerr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.